gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Ray-D Berhenti Belajar Sebab…
BERITA
Kandungan Memudaratkan: MCMC Ambil Tindakan Mahkamah Terhadap Telegram 'Edisi Siasat' & 'Edisi Khas'
HIBURAN
MPO Kembali Dengan Konsert Muzik Tradisional Bertaraf Dunia Simfoni Budaya II DFP Julai Ini
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Isteri Fail Cerai Selepas 4 Bulan Kahwin, Ini Respons Fikry Ibrahim

gempak
Asyikin Mayudin
19/06/2025
02:55 MYT
Sponsor Banner
Isteri Fail Cerai Selepas 4 Bulan Kahwin, Ini Respons Fikry Ibrahim
Pelakon dan pelawak Fikry Ibrahim memaklumkan dia tidak mengetahui mengenai isterinya iaitu Siti Khalizah Alihan telah memfailkan perceraian terhadapnya di Mahkamah Syariah Wilayah Perseketuan Kuala Lumpur pada Khamis.

Enggan mengulas

Fikry ketika dihubungi Gempak bagaimanapun memberitahu dia enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara tersebut.

“Saya tak tahu, isteri saya okay saja dengan saya. Saya memang tak tahu apa,” jawabnya secara ringkas kepada Gempak.

Sebelum ini, Siti Khalizah Alihan menfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Khamis pagi.
Siti Khalizah dilihat hadir ke mahkamah dengan mengenakan pakaian jubah berona hitam pada pukul 9.40pagi manakala suaminya, Fikry belum kelihatan lagi.

ARTIKEL BERKAITAN:Fikry Ibrahim Lebih Matang Lepas Berkahwin - "Dulu Fikir Diri Sendiri Je, Sekarang Nak Jalan Laju Pun Ingat Isteri Di Belakang"

Perkara itu disahkan oleh peguam syarie mewakili Siti Khalizah iaitu Wan Muhammad Afiq Mohd Razib.
Fikry dan Siti Khalizah dilaporkan melangsungkan perkahwinan di Jitra, Kedah, pada 12 Februari lalu.
Pernikahan itu berlangsung secara tertutup, namun ia tersebar apabila jurusolek berkongsi beberapa foto memperlihatkan Fikry bersama pasangannya itu dinikahkan.
Susulan itu, Fikry pernah berkongsi dia tidak berniat merahsiakan perkahwinannya kerana enggan menghebahkan perkara yang belum pasti kepada peminat.
Topic Berkaitan
#cerai
#Mahkamah
#Fikry Ibrahim
#Fail Cerai
#Isteri Fail Cerai
Must-Watch Video