HIBURAN
Iqram Dinzly Tak Selesa Lakon Babak Ganas & Minta Maaf Kepada Pelakon Lain - “Alya Iman Pesan Jangan Tarik Rambut Kuat Sangat”
Pelakon, Iqram Dinzly mengakui kurang selesa untuk melakonkan babak yang melibatkan elemen keganasan.
Jelas Iqram atau nama sebenarnya, Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin, 43, dia sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga dan akan memohon maaf kepada rakan pelakon sebelum memulakan penggambaran.
Ini kerana aktor ini khawatir jika dia tersilap langkah ketika melakukan babak tersebut boleh menyebabkan kecederaan terhadap pelakon yang lain.
“Saya kalau boleh tidak mahu lagi melakonkan adegan bersentuhan serta babak kekasaran yang keterlaluan. Dahulu zaman muda, saya buat sahaja ikut kehendak, tapi kini saya risaukan banyak keadaan khususnya rakan pelakon dan mahu menyantuni mereka.
“Saya minta maaf awal-awal sebelum melakonkan adegan itu. Contohnya Alya Iman, saya minta izin pegang kepala, tapi dia sangat profesional walau kena pukul dan hentak. Cuma dia pesan jangan tarik rambut kuat-kuat sebab dia pakai ‘extension’.
“Pendek kata, memang sekarang saya akan minta izin dulu kalau ada babak tampar. Syukur saya berjaya lakukannya berkat bantuan pengarah dan pelakon lain juga,” katanya kepada Gempak.
Iqram berkata demikian ketika menghadiri di majlis pelancaran drama Pabila Dia Tersenyum yang berlangsung di Sunway Pyramid, Selangor, baru-baru ini.
Tambah Iqram lagi, pada awalnya dia berat hati untuk melakonkan karakter narsistik bernama Imran Faris, namun dia tetap mengambil tawaran tersebut kerana yakin lakonannya boleh memberi kesedaran kepada masyarakat umum.
“Sebenarnya sepanjang menjayakan karakter ini, saya sangat tidak okay. Tapi saya ambil tawaran ini kerana saya suka mengkaji tentang kesihatan mental, apa yang saya perhatikan, zaman sekarang ramai narsistik.
“Melalui lakonan ini, saya nak bagi kesedaran terutama kepada ibu bapa untuk awasi anak generasi kini yang mempunyai mental yang kritikal. Mereka nampak tenang tapi dalamannya kurang,” jelasnya.
Turut sama menjayakan drama Pabila Dia Tersenyum ialah Amir Ahnaf, Adam Lee dan Marissa Yasmin.
Drama ini sudah ditayangkan menerusi platform VIU bermula 24 April 2025.
BERITA BERKAITAN: “Walaupun Dia Tidak Bertudung Tetapi…” - Iqram Dinzly Kongsi Keperibadian Arwah Akiko Okumura, Anggap Seorang Yang Utamakan Keluarga
BERITA BERKAITAN: idakwa Sudah Berkahwin Dengan Usahawan Kelantan, Ini Respons Iqram Dinzly - “Sebenarnya Perkara Ini…”
BERITA BERKAITAN: “Bukan Nak Campur Tangan Tapi Sekadar Nasihat Agar Tak Buka Aib” - Iqram Dinzly Jawab Dakwaan Back Up Shuk
BERITA BERKAITAN: Iqram Dinzly Bagi ‘Surat Hitam Kedua’ Untuk Fara Salleh, Sempat Titip Pesanan - “Pergi Ambil Wudhuk, Solat Taubat & Istiqorah Mohon Pada Allah…”
Must-Watch Video