,
Berita

Inteam Jayakan Persembahan Atas Talian di California, USA

Maliah Surip
15/11/2020
01:40 MYT
Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia tidak menjadi penghalang kepada kumpulan Nasyid Inteam untuk melebarkan sayap mereka ke peringkat antarabangsa.
Selepas mengadakan persembahan di Toronto, Kanada selama dua tahun berturut-turut di dalam acara Reviving Islamic Spirit pada tahun 2018 dan 2019, kumpulan Inteam mula dikenali warga USA dan Eropah khususnya komuniti Muslim di sana.
"Alhamdulillah, pada peringkat awal PKP yang lalu kami telah mendapat undangan persembahan secara atas talian bersama komuniti Muslim di Kanada iaitu dalam acara tahunan di sana iaitu Muslim Fest yang turut disertai wakil Perdana Menteri Kanada dan beberapa orang Menteri dan pemimpin kerajaan Kanada" ulas Syah, ketua kumpulan Inteam.
"Kemudian pada hari raya yang lalu, kami diundang pula mengadakan persembahan bersama komuniti Muslim Perancis juga melalui persembahan norma baharu iaitu melalui atas talian" tambah Hazamin.
"Kini kami dijemput lagi menjayakan satu program sempena Maulidurrasul di California, USA oleh sebuah organisasi dakwah di sana iaitu Tawasaw yang diketuai seorang ulama dan pendakwah USA iaitu Sheikh Alauddin Elbakri.
"Ia akan berlangsung pada Isnin ini, 16 November 2020 jam 7 pagi waktu Malaysia. Persembahan kali ini agak mencabar disebabkan perbezaan masa dan ia dilaksanakan secara langsung, jadi kami perlu bersedia seawal jam 6 pagi untuk persembahan tersebut yang akan kami laksanakan di pejabat Inteam Records" ulas Rahim mengenai undangan yang baru mereka terima.
Selain bakal mengadakan persembahan Online di USA Isnin ini, menurut Syah, mereka dijemput lagi buat kali ketiga untuk mengadakan persembahan di dalam acara RIS Toronto namun kali ini secara atas talian bersama kumpulan Raihan dan Rabbani pada 27 Disember nanti.
Inteam kini sedang giat membuat persediaan untuk konsert atas talian sempena ulangtahun ke-20 mereka yang mendapat sokongan dana dari Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang akan diadakan pada 12 Disember 2020.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ulul Azmi Lagu Nasyid Berdurasi 10 Minit, AWLA Bekerjasama Dengan Jenny Chin - "Muzik Ala Disney, Ada Sentuhan Timur Tengah"

gempak
17/09/2024
20:21 MYT
Kumpulan nasyid AWLA tampil dengan single terbaharu berjudul Ulul Azmi dengan durasi hampir 10 minit!
Hiburan

Penyanyi Nasyid Saujana, Dr Idzu Dapat Gelaran Datuk! - "Saya Rasa Macam Dilahirkan Semula"

gempak
26/08/2024
23:50 MYT
Penyanyi nasyid kumpulan Saujana yang juga ahli perniagaan Dr Idzu Baharin menerima Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk sempena Sambutan Hari Jadi ke-75 Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam, pada Isnin.
Hiburan

Pesanan Akhir Arwah Suhaimi Saad Jadikan Ina Naim Kuat! - "Selama Ini Yang Menjaga Bukan Abang Tapi ..."

gempak
18/05/2024
15:35 MYT
Balu kepada Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim berkongsi kenangan dan kata-kata akhir arwah suaminya sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Hiburan

Inteam Abadikan Suhaimi Saad Dalam Lagu, Bersyukur Banyak Cerita Kebaikan Arwah Keluar Selepas Meninggal

gempak
23/03/2024
04:55 MYT
Kumpulan nasyid Inteam, berkongsi cerita tentang persahabatan mereka bersama Allahyarham Suhaimi Saad yang meninggal dunia pada 15 November lalu. Menurut Inteam, mereka bersyukur apabila pemergian Suhaimi dipenuhi dengan banyak cerita-cerita kebaikannya ketika masih hidup. “Kali terakhir kami menziarahi arwah Suhaimi, dia memang dah sakit
Berita

Akibat Makan Buah Strawberi, Kanak-Kanak 8 Tahun Maut Kerana Alahan

gempak
18/03/2024
11:55 MYT
Kalau dah ajal, makan strawberi pun boleh jadi penyebab