gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Que Kecewa Tidak Dapat Penuhi Impian Ibu Bapa Jadi Seorang Penyanyi - “Saya Rasa Saya Kecewakan Mereka”
HIBURAN
Aliff Syukri Bela Diri, Nafi Promosi LGBT Dalam MV Kelepok Raya - "Saya Ambil Inspirasi MV Hael Husaini & Elizabeth Tan"
HIBURAN
Sheila Rusly Masak Makanan Berpantang Untuk Elisya Sandha - “Beranak Ramai Pun Tak Kisah Kalau…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
VIRAL

Jofliam Jawab Dakwaan Pizza Lembik, Nafi Jadi Punca Keracunan Makanan - “Dari Cari Cara Kotor, Cuba Fikir Macam Mana Nak Kalahkan Dough Saya”

gempak
Mya Amri
20/05/2025
02:05 MYT
Sponsor Banner
Jofliam Jawab Dakwaan Pizza Lembik, Nafi Jadi Punca Keracunan Makanan - “Dari Cari Cara Kotor, Cuba Fikir Macam Mana Nak Kalahkan Dough Saya”
Pempengaruh media sosial dan usahawan, Jofliam tampil memberi respon berkenaan dakwaan seorang individu berkenaan dengan pizza Wagyu yang dimasak olehnya lembik dan menyebabkan keracunan makanan.

Dakwaan fitnah

Jofliam menerusi hantaran di Insta Story miliknya berkata dakwaan tersebut seolah-olah sengaja mahu menimbulkan fitnah terhadap perniagaan miliknya.

“Dituduh tak bayar tax, dituduh menganiaya pekerja, dituduh bukan resipi sendiri, dituduh tak ada thypoid, dituduh tak ada sijil pengendalian makanan, dituduh tak ada permit jualan, dituduh beli title Chef.“Semua cara kotor tak jalan. Sekarang cubaan baru. Kepada competitor saya, saya tak pernah marah gunakan saya untuk sales masing-masing.

“Saya tak pernah bising dan pertikai sebab rezeki Allah yang izinkan. Allah izin cara macam mana pun, still rezeki. Tapi cuba lah secara sihat,” responnya.

Lebih baik fikir kalahkan dough pizza

Dalam satu hantaran lain, Jofliam berkata daripada sibuk berfikir tentang cara mahu menjatuhkan orang lain lebih baik rendahkan diri dengan menambah ilmu pengetahuan tentang perniagaan.

“Dari cari cara kotor. Cuba fikir macam mana nak kalahkan dough saya. Kalau tak boleh, cuba rendahkan ilmu belajar.“Dengan pengalaman saya, saya sudi je nak curahkan pengalaman saya. Saya boleh bantu ramai lagi anak muda ke peringkat antarabangsa.

“Tapi malangnya, saya dianggap musuh dan nak dijatuhkan oleh market di tempat saya sendiri sedangkan saya tak pernah bercakap pasal perniagaan orang lain, kita jalan terus!” tegasnya.
Terdahulu, seorang individu dikejarkan ke klinik selepas berdepan masalah kesihatan apabila mengalami muntah dan cirit-birit selepas didakwa menjamu pizza wagyu daripada usahawan popular.
Wanita tersebut mendakwa kejadian buruk yang berlaku itu terjadi selepas dia membeli pizza daripada usahawan terkenal itu.
Wanita itu mendakwa, ketika mendapatkan rawatan, doktor mengesyaki ia kemungkinan terjadi disebabkan caranya mengendalikan makanan.
Topic Berkaitan
#Jofliam
Must-Watch Video