HIBURAN
Sheila Rusly Masak Makanan Berpantang Untuk Elisya Sandha - “Beranak Ramai Pun Tak Kisah Kalau…”
Video memperlihatkan pelakon dan penerbit Sheila Rusly menyediakan menu makanan berpantang untuk menantunya iaitu aktres Elisya Sandha menarik perhatian netizen.
Menu berpantang
Menerusi perkongsian di TikTok, Sheila meluahkan rasa teruja apabila menantunya itu mahu menjalani proses berpantang anak kedua di rumahnya.
“Bila anak menantu Elisya Sandha cakap ‘nak berpantang rumah mama’, gigih sis rancang menu,” kongsinya.
Apa yang menari perhatian netizen apabila melihat momen adik kepada aktres Fasha Sandha itu memeluk ibu mentuanya sebagai tanda terima kasih menyediakan makanan berpantang.
ARTIKEL BERKAITAN: Elisya Sandha Selamat Lahirkan Anak Kedua, Beri Nama ‘Bahtera Elhaq’
ARTIKEL BERKAITAN: Fasha Sandha Peluk Adik Ipar, Elisya Tampil Respons - “Dia Dah Anggap Macam Adik Sendiri”
Rata-rata netizen turut menganggap Elisya seorang menantu bertuah dan beruntung mempunyai ibu mentua yang baik seperti Sheila Rusly.
“Bestnya dapat mentua macam ini. Kita pun gembira nak pantang.
“Cita-cita aku nak jadi mentua macam ini. Sebab aku nak dia gembira jadi isteri anak aku nanti.
“Beranak ramai pun tak kisah ini kalau dapat mak mentua macam ini,” komen beberapa netizen.
Pada Jumaat lalu, Elisya berkongsi berita gembira apabila dia selamat melahirkan cahaya mata kedua yang diberi nama Bahtera ElHaq.
Untuk rekod, Elisya mendirikan rumah tangga dengan anak sulung Sheila iaitu Uzair Haqimy pada Ogos 2017 dan dikurniakan seorang puteri, Bunga Elhaq yang kini berusia hampir tiga tahun
@sheilarusly Bila anak menantu @elisyasandhaofficial cakap “Nak Berpantang Rumah Mama” Gigih sis plan menu dengan @bibikexpresshq #airtangansr #menuberpantang #instafood #homecooked #cookedwithlove #sentiasabersyukur #alhamdulillah ♬ Anggerik desa cover by alun tradisi - AlunTradisi
Must-Watch Video