"Ini Kali Ketiga Dalam Enam Bulan Ini, Mereka Yang Dekat Dengan Saya ....." - Nourul Wahab | Gempak
BERITA

"Ini Kali Ketiga Dalam Enam Bulan Ini, Mereka Yang Dekat Dengan Saya ....." - Nourul Wahab

gempak
Rozaimi Zubaidi
27/03/2019
00:10 MYT
Sponsor Banner
"Ini Kali Ketiga Dalam Enam Bulan Ini, Mereka Yang Dekat Dengan Saya ....." - Nourul Wahab
Penyanyi Nourul Wahab mengakui bersyukur apabila dirinya dikelilingi oleh orang yang sentiasa mendoakan untuk keluarganya.
Menerusi entri di Instagram (IG), Nourul berkongsi perasaannya apabila mendapat doa daripada pengikutnya di hadapan Kaabah.
"Ya Allah bergenang air mata petang-petang ni. Memang bila kita dah pernah ke Mekah, bila nampak Kaabah memang terasa sangat-sangat memanggil. Insya-Allah satu hari nanti saya dan husband nak ke sana juga sekeluarga insyaallah.
Ya Allah bergenang air mata petang2 ni. Memang bila kita dah pernha ke Mekah, bila nampak kaabah memang terasa sangat2 memanggil. InsyaaAllah satu hari nanti saya dan husband nak ke sana juga sekeluarga insyaallah. . Ini kali ketiga dalam 6 bulan ini mereka yang dekat dengan saya mendoakan saya dan suami di depan kaabah . Terima kasih wahai hambaNya yang baik hati @zulmohd_fitonline yang selalu saya kaguni kebaikan hatinya. Yang berusaha sekerasnya untuk maju di dalam apa yang diusahakannya. Semoga jojo juga mendapat apa yang diimpi dan di doakan. Terima kasih kerana ingat pada kami apabila jojo berada di depan kebesaran Allah. . Terima kasih juga kepada @shasaad550 dan juga puan Nor (kes lupa nama ig padahal follow) yangjuga mendoakan kami semasa mereka di tanah suci. . Semoga kalian sentiasa di dalam redha Allah. ???berjaya di dunia dan di akhirat. . Bila orang hadihakn doa terasa bagai mendapat wang jutaan atau hadiah yang sangat sangat berharga. Tak boleh dibanding dengan wang ringgit sebenarnya. . Terima kasih terima kasih Ya Allah kerna menghantar mereka yang baik2 untuk berada di sekeliling aku. ??
A post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
"Ini kali ketiga dalam 6 bulan ini mereka yang dekat dengan saya mendoakan saya dan suami di depan kaabah. Terima kasih wahai hambaNya yang baik hati yang selalu saya kagumi kebaikan hatinya.
"Yang berusaha sekerasnya untuk maju di dalam apa yang diusahakannya. Semoga jojo juga mendapat apa yang diimpi dan di doakan. Terima kasih kerana ingat pada kami apabila jojo berada di depan kebesaran Allah," tulisnya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata mendoakan agar Nourul sekeluarga akan dijemput untuk menunaikan ibadah umrah .
Terdahulu, Nourul bernikah dengan Eric Daniel Depp yang merupakan perunding kesihatan warganegara Perancis pada 6 Jun 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.
Sebelum ini, Nourul pernah berkahwin dengan komposer Ajai pada 25 Disember 1996 dan berpisah pada 28 Februari 2007.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan Ayu Nazirah yang kini berusia 20 tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video