,
Viral

Ini 3 Perkara Tentang Aliff Syukri Dari Kaca Mata Isterinya...

Amri Hassan
07/02/2018
02:50 MYT
Tidak kenal maka tidak cinta! 11 tahun usia perkahwinan Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan isteri Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, pasangan ini betah berdepan pelbagai kontroversi.
Mengenali dengan lebih rapat pasangan Aliff Syukri dan Shahida, Astro Gempak membongkar peribadi usahawan kosmetik terkenal itu daripada sudut pandangan seorang wanita.
Akui Shahida, dia sering berdepan kritikan dan kutukan segelintir netizen yang mengasihani dirinya beroleh seorang suami 'gila glamor' seperti Aliff Syukri. Namun, ini jawapan daripada Shahida sendiri!
"Bila orang komen kasihan isteri dapat suami sebegini tapi orang yang komen tak tahu siapa suami saya.
"Dia baik daripada orang lain. Lainnya dia (Aliff Syukri) dia tidak pernah keluar malam, tak melepak dan tidak mengutuk orang sesuka hati dia.
"Dia lebih pentingkan keluarga, malah kalau nak keluar pergi kedai bunga pun dia akan ajak saya.
"Aliff Syukri seorang anak yang sangat sayangkan ibunya. Saya tidak pernah bertemu dengan lelaki sebaik ini yang sampaikan setiap kali masakkan hidangan untuk ibunya dia akan hias cantik-cantik. Kalau boleh suap pun dia akan suap.
"Jujur saya katakan, dia seorang lelaki yang sangat menghormati orang lain terutama yang lebih berusia.
"Sepanjang hidup saya bersama dia, apa yang boleh saya simpulkan dia memang mulut cabul, tapi kalau marah dia cuma 5 minit kemudian sudah reda," cerita Shahida kepada Astro Gempak.
Pasangan itu ditemui di Lombok, Indonesia baru-baru ini sempena meraikan keluarga, kaki tangan dan stokis terbaik d'Herbs Terlajak Laris.
Aliff Syukri dan Shahida yang telah berkahwin pada Ogos 2007 dikurniakan tiga cahaya mata, Ammar Ahyan 9, Qadejah El Zahra, 7, dan Ibraheem Adham, 5. Shahida juga kini sedang hamil enam bulan.
Teks oleh: Amri Hassan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Impian Jadi Kenyataan, Isteri Aliff Syukri Hadiahkan Ferrari Sempena Ulang Tahun Ke-17 Perkahwinan

gempak
17/08/2024
08:55 MYT
Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini berkongsi perkhabaran gembira di mana dirinya dihadiahkan kereta mewah jenis Ferrari oleh isterinya, Datin Seri Shahida.
Viral

Bekas Pembantu Peribadi Aliff Syukri Tak Mampu Upah Peguam - "Saya Tak Ada Wang Ringgit, Tapi Saya Ada Allah"

gempak
26/06/2024
00:45 MYT
Bekas pembantu kepada usahawan selebriti terkenal Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Melati Abdul Ghani akan meneruskan perjuangan biarpun tanpa bantuan peguam.
Viral

Masih Degil & Ego, Aliff Syukri Enggan Beri Peluang Lagi Pada Bekas Pembantu Peribadi - "Sekarang Baru Sedar Langit Tinggi Atau Rendah"

gempak
25/06/2024
09:11 MYT
Baru sahaja menang kes saman fitnah terhadap bekas pembantu peribadinya, Melati Abdul Ghani, usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri kali ini memuat naik hantaran meluahkan perasaannya berhubung permasalahan itu.
Hiburan

Jual Durian RM8 Sekilo, Netizen Puji Sikap Pemurah Aliff Syukri! - "Perangai Walau Kadang Mak Sendiri Tak Boleh Faham, Tapi Dia Bersedekah"

gempak
19/06/2024
13:55 MYT
Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menerima pujian netizen apabila dirinya menjual durian dengan harga hanya RM8 sekilogram.
Viral

Saran Angkat Call Boss Luar Waktu Kerja, Ramai Tak Setuju Dengan Aliff Syukri - “Kena Ingat, Pekerja Pun Nak Juga Waktu Rehat”

gempak
16/06/2024
08:00 MYT
Saranan usahawan kontroversi, Datuk Aliff Syukri berkenaan pekerja harus sentiasa bersedia menerima panggilan daripada majikan ketika di luar waktu bekerja nampaknya tidak dipersetujui netizen.