gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
PM Anwar Isytihar Cuti Tambahan 15 Sept Sempena Hari Malaysia
HIBURAN
Siti Nurhaliza Beli Bag Aliff Syukri Ketika ‘Live’ TikTok, Terasa Bagai ‘Mimpi’ - “Mungkin Dia Kesiankan Saya & Anak…”
BERITA
Harga RON95 Turun Kepada RM1.99 Seliter, Beri Manfaat Kepada 18 Juta Pemandu, Penunggang Motosikal
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

Influencer 'Terberenang' Dalam Air Kumbahan Di Cape Town! - "Alamak! Saya Dah Buat Silap"

Amri Hassan
Amri Hassan
22/07/2025
23:25 MYT
Sponsor Banner
Influencer 'Terberenang' Dalam Air Kumbahan Di Cape Town! - "Alamak! Saya Dah Buat Silap"
Seorang pempengaruh, Michelle Sky Hayward, terpaksa menanggung aib sendiri selepas berkongsi sepotong video sedang berenang-renang dalam air berbuih di sekitar pantai Cape Town baru-baru ini.
Malangnya, kawasan terbabit merupakan sebahagian daripada lokasi sisa buangan air kumbahan.
Michelle menyedari akan perkara terbabit apabila videonya mula dibanjiri oleh komen-komen pengguna media sosial memberitahu dia sedang berenang dalam air kumbahan.
Michelle pada mulanya kelihatan keliru apabila dia pergi ke pantai untuk berenang pada waktu dan mendapati airnya kotor dan penuh dengan buih. Namun, tanpa ragu-ragu, dia meneruskan niat berenang di kawasan tersebut.
Dalam video terbabit, Michelle dilihat tertawa dan bermain-main di dalam air yang keruh.
"Mari kita berenang. Ini tempat kegemaran saya; ia sangat indah," katanya sambil terus berenang dalam air yang kotor, hampir menelan buih kumbahan pada beberapa ketika.
Tambahnya; "Rasanya masin."
View this post on Instagram
A post shared by Michelle Sky Hayward (@michelleskyhayward)
Namun, selepas dia menyiarkan video tersebut, media sosial dibanjiri dengan komen yang mendedahkan kebenaran yang menjijikkan.
"Anda sedang berenang dalam kumbahan," kata salah seorang daripada netizen.
"Bolehkah sesiapa memberitahunya bahawa dia sedang berenang dalam buih kumbahan," tambah yang lain.
"Buih itu adalah kumbahan, saya harap anda tahu fakta itu," kata pengguna lain pula.
"Saya rasa saya telah membuat kesilapan," katanya, berkongsi semua balasan yang diterimanya di video tersebut.
Namun, ada juga yang mendakwa bahawa air itu hanya keruh dan telah bertukar warna secara semulajadi.
"Bergantung sebenarnya. Ia mungkinlah hanya buih laut biasa," kata salah seorang warganet.
Topic Berkaitan
#Influencer
#Najis
#Berenang
#Cape Town
#Septik
#Michelle Sky Hayward
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement