Laman Utama
Individu Menyamar Jadi Faizal Hussien Di TikTok, Ajak Peminat Wanita Kahwin - “Apa Boleh Buat, Saya Tak Ada Hak…”
Bimbang peminat keliru, pelakon Faizal Hussien menegaskan dia hanya mempunyai satu sahaja akaun TikTok yang dipegang dan diuruskan sepenuhnya oleh anak lelakinya.
Faizal memberitahu terdapat pihak tidak bertanggungjawab membuat akaun palsu TikTok dengan menyamar sebagai dirinya dan mengajak peminat wanita kahwin.
“Ada orang menyamar jadi saya… dia buka akaun TikTok dan followers dah naik, terus jual akaun itu. Lepas itu ada yang menyamar jadi saya dan ajak peminat kahwin pula.
“Ada peminat lain yang beritahu saya di DM yang kononnya saya yang ajak peminat kahwin. Tapi apa boleh saya buat, saya tak ada hak apa-apa. Peminat pun tahu saya bukan begitu.
“Kalau saya menyalak, macam Rosyam menyalak pun tak ada guna. Tak mendatangkan apa-apa feedback. As long as dia bukannya nak godam akaun saya, pada saya, tak kisah,” ujarnya.
Terdahulu, pelakon Datuk Rosyam Nor menjelaskan dia sudah pun membuat aduan kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) susulan wujud sebuah akaun palsu di laman TikTok yang melanggar privasi keluarganya.
Tegas Rosyam, 55, tindakan pihak tersebut bagaikan tidak menghormati dia dan keluarga yang mana selama ini dirinya sendiri jarang mendedahkan keluarganya kepada umum.
Must-Watch Video