gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Ajai Puji Nadeera Zaini Suara Merdu, Lamar Duet Lagu Baharu - "Seorang Insan Seni Yang ..."
HIBURAN
“Terus Kuat… Kebenaran Akan Sentiasa Menang” – Peguam Anna Jobling
HIBURAN
Zehra Dakwa Suami Culas Bayar Nafkah Anak - “Memanglah Anak Di Bawah Saya, Tapi Nak Juga Dia Bertanggungjawab”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

"Janganlah Fitnah Ibu Saya, Kami Elok-Elok Saja Waktu Jumpa Fatima" - Fattah Amin

Amri Hassan
Amri Hassan
13/08/2025
00:24 MYT
Sponsor Banner
"Janganlah Fitnah Ibu Saya, Kami Elok-Elok Saja Waktu Jumpa Fatima" - Fattah Amin
Pelakon popular Fattah Amin menyuarakan rasa kesal berhubung dakwaan segelintir netizen yang mendakwa anaknya, Nur Fatima Aisya, pernah mengadu atau menunjukkan reaksi negatif terhadap neneknya seperti yang tular di media sosial.
Fattah atau nama penuhnya Abdul Fattah Mohd Amin, 35, menjelaskan rakaman panggilan video yang dimuat naik di Instagram pada Isnin sebenarnya dirakam ketika mereka keluar bersama dan hubungan semua pihak terutama keluarga berada dalam keadaan baik.
"Panggilan video yang dimuat naik di Instagram dibuat semalam (Isnin), kami keluar bersama-sama.
"Fatima tidak ada mengadu atau menunjukkan apa-apa reaksi negatif. Hubungan saya, Fatima, Fazura dan nenek Fatima baik-baik sahaja.
"Kami elok sahaja berjumpa waktu saya ambil Fatima,” katanya kepada Gempak.
Fattah berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran koleksi baharu dan pengumuman duta Amber di Shangri-La Hotel, Kuala Lumpur pada Selasa.
Bercerita lanjut, Fattah mengakui ibunya turut sedih dengan isu berkenaan namun menasihatinya agar tidak membaca atau melayan komen negatif di media sosial.
"Sudah tentu ibu saya sedih dengan apa yang jadi. Cuma saya nasihatkan pada ibu supaya tak tengok atau baca perkara macam itu.
"Orang boleh cakap macam-macam, tapi kalau benda tak betul buat apa nak terasa. Kita dah jelaskan perkara betul, tapi terpulang pada mereka untuk menilai.
"Saya akan terus bekerja tanpa henti, buat apa yang perlu untuk keluarga saya. Selebihnya kalau ada yang nak buat perkara tidak baik, saya serahkan pada Allah,” ujarnya.
Fattah dalam masa sama mengingatkan orang luar supaya tidak menyebarkan perkara negatif atau membuat andaian tidak benar yang boleh mengundang fitnah.
"Janganlah cakap perkara tidak baik sehingga buat andaian bukan-bukan. Bagi saya perkara itu tidak bagus untuk semua pihak.
"Lebih baik tulis, komen dan bercakap perkara yang positif supaya mengelakkan fitnah daripada berlaku. Jangan buat perkara yang boleh menimbulkan kebencian antara satu sama lain,” jelasnya.
Terdahulu, tular rakaman siaran langsung memaparkan Fatima, 5, meluahkan rasa kurang senang kepada Fazura apabila mendakwa neneknya menyebut perkara yang tidak manis mengenai dirinya. Namun, Fazura dengan tenang menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan perkara itu mustahil berlaku.
Adik Fattah, Raihan Amin, turut tampil mempertahankan ibu mereka, Azizah Abd Ghani, dengan menafikan semua tuduhan negatif yang dilemparkan di media sosial.
Terbaharu, Fattah berkongsi momen gembira bersama Fatima ketika mereka keluar berjalan sambil membuat panggilan telefon kepada ibunya, selain berbincang mengenai perancangan bercuti ke Tokyo Disneyland.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sebelum bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Fattah Amin
#Fazura
#Ibu
#Fitnah
#Fatima Aisya
#nenda
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement