HIBURAN
Bawa Nanny Lunara Naik Penerbangan Mewah, Netizen Tanya Intan Najuwa Ada Kerja Kosong Tak? - “Tolak Stroller Pun Saya Bersyukur Dah”
Pelakon, Datin Intan Najuwa menyorot perhatian netizen selepas berkongsi foto anaknya, Imane Lunara menaiki pesawat untuk pertama kali.
Menerusi hantaran di Instagram, Intan berkongsi itu adalah pengalaman penerbangan jarak jauh Lunara buat pertama kali.
“Pengalaman penerbangan jarak jauh pertama Lunara,” tulis Intan ringkas.
Lebih menarik perhatian, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 28, turut bawa penjaga anaknya untuk menaiki pesawat sama dan dipercayai duduk di ruangan ‘First Class’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meninggalkan komen lucu mahu menjadi penjaga Lunara.
“Hello ada kekosongan untuk jadi nanny Lunara tak?
“Jawatan kosong untuk bibik ada lagi tak? Comel sangat Lunara.
“Tak dapat jadi anak, jadi bibik pun okay.
“Datin kalau saya punya keje tolak stroller pun saya bersyukur dah.
“Untung jadi pembantu Intan, boleh naik first class. Bagus Intan, harap-harap pembantu jaga elok-elok,” tulis netizen.
Terdahulu, Intan mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Asraf, pada 18 Ogos 2023.
Pasangan itu menyambut kelahiran cahaya mata perempuan mereka, Imane Lunara, pada 15 Disember lalu.
Must-Watch Video