gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
Kantoi Curang, Netizen Anggar Isteri CEO Astronomer Bakal Dapat Harta Lebih RM200 Juta Jika Berpisah
HIBURAN
Tak Suka ‘Goyang Kaki’ Di Rumah, Remy Ishak Seronok Bantu Isteri Uruskan Anak - “Dia Tak Paksa & Suruh Pun Tapi…”
HIBURAN
Suami Ifa Raziah Tak Pernah Kedekut, Punca Rezeki Sentiasa Murah - “Saya Minta Nak Beg LV & Jam Rolex, Dia Belikan…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

‘Ija’ Buat Laporan Hilang Rupa-Rupanya Rancang Sandiwara Sendiri Larikan Diri Ke Negara Jiran

Gempak
Gempak
19/07/2025
07:25 MYT
Sponsor Banner
‘Ija’ Buat Laporan Hilang Rupa-Rupanya Rancang Sandiwara Sendiri Larikan Diri Ke Negara Jiran
Misteri kehilangan pempengaruh media sosial dikenali sebagai ‘Ija’ atau nama sebenar Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38, akhirnya terbongkar apabila siasatan polis mendapati insiden itu hanya satu sandiwara yang dirancang untuk kepentingan peribadi.
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata hasil siasatan menunjukkan suspek dipercayai sengaja menenggelamkan kereta milik isterinya di Sungai Tui, Lenga sebelum melarikan diri ke negara jiran.
"Mangsa, Tengku Nizaruddin sebelum itu dikatakan hilang selepas memaklumkan bahawa dia dalam perjalanan ke Muar untuk membaiki kenderaan.
"Adiknya, Tengku Abd Aziz, 30, tampil membuat laporan polis di Balai Polis Lenga sehingga membawa kepada pelancaran operasi mencari dan menyelamat (SAR).
"Namun, siasatan mendapati terdapat unsur penipuan dalam laporan tersebut, dan adik mangsa mengaku bersubahat serta sengaja berpura-pura menjalankan usaha pencarian bagi mengelirukan polis," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Difahamkan laporan kehilangan yang dibuat pada 15 Julai lalu adalah sebahagian daripada perancangan untuk mengaburi pihak berkuasa.
Raiz Mukhliz turut memaklumkan bahawa keterangan daripada kedua-dua individu telah diambil dan siasatan lanjut akan diteruskan selepas pihak polis memperoleh kebenaran menyiasat dari pihak Timbalan Pendakwa Raya.
"Kes kini disiasat di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam serta Seksyen 109 kerana bersubahat melakukan kesalahan.
"Jika disabitkan, mereka boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
"Polis menegaskan tindakan membuat laporan palsu adalah kesalahan serius yang boleh menjejaskan sumber dan keutamaan tugasan pihak berkuasa," katanya.
Topic Berkaitan
#Viral
#Polis
#Influencer
#Kereta
#Hilang
#Muar
#Lari
#Negara Jiran
#Siasat
#Ija
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement