,
Hiburan

IG Dah Kosong, Kenapa Dengan Yonnyboii?

Amri Hassan
07/09/2023
08:26 MYT
Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba saja semua gambar pada akaun Instagram milik penyanyi, rapper dan komposer Yonnyboii hilang.
Dalam kalangan peminat dan warganet semua tertanya-tanya apa sudah jadi. Adakah Yonny dalam keadaan okay?
Masakan tidak, Yonny yang sebelum ini aktif memuat naik hantaran gambar dan video aktiviti seni lenyap begitu saja.
Malah, peminat juga tidak dapat lagi melihat momen Yonny bersama isteri, Nik Nazira Narriman seperti yang dikongsikan sebelum ini.
Sehingga kini, Yonny atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin juga masih senyap membisu tanpa sebarang kenyataan bagi menjelaskan perkara itu.
Wakil Universal Music Malaysia Anne Mukhtar, ketika dihubungi memaklumkan Yonny mahu diberikan ruang seketika sebelum kembali memulakan kerja seninya.
“Insya-Allah, Yonny okay. Doakan dia baik-baik saja. Buat masa sekarang kita beri dia masa dan ruang untuk bertenang. Sampai masa nanti, dia akan muncul dan kembali semula,” katanya.
Sebelum ini, Yonny berkongsi khabar gembira apabila isterinya selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka pada bersamaan hari Awal Muharram. Bayi lelaki seberat tiga kilogram itu lahir secara normal di sebuah hospital di Petaling Jaya pada pukul 4 pagi.
Kali terakhir Yonny muncul dengan single baharu berjudul Flash & Dash, kolaborasi bersama Guccimith, telah mencapai 200,000 tontonan di YouTube. Lagu itu adalah hasil ciptaan bersama SonaOne dan Wolfy.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Hantaran Di IG Astro Malaysia Digodam & Tiba-Tiba Jadi Kabur... Apa Dah Jadi Ni?

gempak
05/09/2024
10:18 MYT
Sempena minggu akhir drama Dari Mata Turun ke Hati, Astro Malaysia telah memuatnaik 9 video memaparkan sedutan drama tersebut di Instagram.
Viral

"Saya Tiada Niat Nak Menggoda Sesiapa" - Adib Bananadibs

gempak
03/09/2024
09:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan muda, Adib Bananadibs tidak terfikir foto bersinglet yang dikongsikan di platform media sosialnya punyai niat tersembunyi.
Hiburan

Sharnaaz Ahmad Titip Pesanan Sempena Birthday Jebat, Mahu Anak Hormati Orang Tua - "Macam Semalam Rasanya Baba Dukung Cek"

gempak
30/08/2024
13:55 MYT
Pelakon, Sharnaaz Ahmad menitipkan ucapan menyentuh hati sempena ulang tahun kelahiran keenam anak kesayangannya, Jebat Jayden.
Sukan

Safee Sali Bangga Muncul Di IG Rasmi FIFA World Cup – “Walaupun Server Hanya Untuk Malaysia…”

gempak
25/08/2024
10:30 MYT
Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali meluahkan rasa bangga apabila nama dan gambarnya dimuatnaik oleh akaun Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) World Cup, baru-baru ini.
Sukan

Ronaldo Kumpul 9.71 Juta Pengikut Sehari Buka Saluran YouTube, Beri ‘Hint’ Sudah Kahwin

gempak
22/08/2024
02:55 MYT
Pemain bola sepak terkenal dunia yang kini merupakan kapten pasukan Al Nassr di Arab Saudi, Christiano Ronaldo baru sehari melancarkan saluran YouTube.