,
Viral

Ibu Tunggal 2 Anak Datang Klinik Minta MC, Doktor Ini Terkejut Bila Tahu Sebabnya!

Umirah Halim
03/05/2024
14:00 MYT
Pendedahan yang dibuat oleh seorang doktor mengenai salah seorang pesakit di kliniknya berjaya mencuri perhatian ramai.

Minta MC

Menerusi perkongsiannya di Platform X, Dr tersebut akui terkejut setelah seorang pesakitnya yang berusia lingkungan 30an tiba-tiba meminta MC ketika sesi konsultansi.
"Doktor, saya nak MC dua hari.” Terkejut saya masuk-masuk dah minta MC.
Seorang pesakit umur 30an duduk di kerusi konsultasi, postur badannya lemah, bahunya jatuh, lebam hitam bawah matanya tampak sangat gelap.— Dr Samhan (@DoktorSamhan) May 2, 2024 "Seorang pesakit umur 30an duduk di kerusi konsultasi, postur badannya lemah, bahunya jatuh, lebam hitam bawah matanya tampak sangat gelap.
Bila saya tanya, “Sakit apa ya puan?”, Embun air mata mula terbentuk di hujung matanya. Saya penat doktor, saya dah bekerja lima tahun, tetapi saya seorang sahaja staf di situ.
“Kerja admin, kerja akaun, kerja personal assistant, semua lah saya buat belaka,” keluhnya," tulis Dr tersebut.

Dikerah bekerja

Selain itu, wanita itu turut mendakwa dirinya telah dikerah untuk bekerja sehingga muntah dan hilang selera makan.
“Saya dikerahkan bekerja sampai tahap saya muntah setiap pagi dan saya mula hilang selera makan.”
“Saya dah pernah pitam di tempat kerja tapi tiada siapa yang perasan. Lepas saya tersedar, saya cuba untuk minta half-day, tapi tak dilayan. Jadi, saya terpaksa sambung kerja," ujarnya kepada Dr tersebut.

Bukan kali pertama

Sementara itu, Dr tersebut turut mendedahkan bahawa kes seperti ini bukan kali pertama berlaku sepanjang dia berkhidmat di klinik miliknya.
"Sebenarnya bukan sekali dua ada isu seperti ini yang datang ke klinik saya. Nasihat saya, sebagai majikan kita perlu peka dengan kesihatan mental pekerja kita.
"Manakala untuk pekerja, jangan mengelak daripada komunikasi terbuka dengan majikan. Luahkan apa yang terbuku dalam hati, tambahnya lagi.

Berita Trending: “Saya Mohon Maaf Atas Segala Apa Yang Berlaku, Perbetulkan Diri Secara Perlahan-Lahan” - Aliff Aziz

Berita Trending: Rasa Seperti Satu Penghinaan - Riezman Khuzaimi Terkilan, Terima Tawaran Berlakon Serendah RM150 Sehari
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Hiburan

Watak 'Cik Timah' Hanya Untuk Show, Dee 'Jangan Ketawa' Masih Kencang Terima Job Puluhan Ribu Ringgit - "Di Luar Saya Tak Berpakaian Wanita"

gempak
23/11/2024
06:55 MYT
Pelakon,pengacara dan pelawak popular Dee atau nama sebenarnya Syed Muradzi Syed Shamsul memberitahu, dia akan bertukar watak 'Cik Timah' atau watak perempuan hanya ketika menerima tawaran persembahan.
Hiburan

Wanita Leka Susun Kotak, Doktor Lelaki Pula 'Asyik' Rakam Punggung Mangsa

gempak
22/11/2024
14:55 MYT
Seorang doktor didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan pada Jumaat atas pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita pada Julai lalu.
Viral

“Tak Ada Kawan, Takut Cepat Bosan Belajar Seorang” – Anak Luah Rasa Terharu, Ibu Sanggup Sambung Belajar Demi ‘Teman’ Dalam Kelas

gempak
21/11/2024
14:55 MYT
Nekad temani anak, seorang ibu sanggup menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Kewangan Perniagaan bersama-sama.
Viral

Demi Selamatkan Anak, Ibu Maut Dig*lis Keretapi

gempak
21/11/2024
06:03 MYT
Seorang wanita maut manakala anaknya putus kaki selepas dirempuh dan digilis kereta api dalam kejadian di Kampung Petagas, Sabah, pada Selasa.
Unitar