,
Gaya Hidup

Ibarat Pegang Api, Jennie BLACKPINK Tolak Swafoto Peminat Yang Guna iPhone!

Azwa Rahman
22/04/2019
08:21 MYT
Sebuah video menyaksikan Jennie dari kumpulan BLACKPINK menolak pelawaan swafoto selepas peminatnya menghulurkan telefon iPhone tular di media sosial.
Video berdurasi 12 saat itu jelas menunjukkan gerakan mulut Jennie yang menyatakan, “No iPhone, Samsung only.” Jennie dan tiga lagi anggota BLACKPINK, Lisa, Rose dan Jisoo merupakan duta kepada telefon pintar jenama Samsung.
Jennie juga kelihatan mengingatkan Jisoo ketika rakannya itu sedang asyik mengambil gambar swafoto menggunakan Iphone yang dihulurkan oleh peminat.
Peristiwa itu berlangsung ketika mereka mengadakan persembahan di festival muzik terbesar Amerika Syarikat, Coachella di California.
Tahun lalu, personaliti TV yang juga duta telefon pintar Samsung bagi negara Rusia, Ksenia Sobchak telah disaman sebanyak $1.6 million (RM66 juta) oleh jenama itu kerana dilihat menggunakan telefon pintar iPhone X secara umum.
Pelakon Wonder Woman, Gal Gadot juga terpaksa membuat penjelasan secara terbuka apabila dilihat menaikkan status di Twitter menggunakan iPhone padahal dia merupakan duta bagi jenama Huawei. Melihat kesungguhan kumpulan yang baru sahaja mengeluarkan single terbaru mereka, Kill This Love, ada netizen yang turut mempersoalkan kredibiliti selebriti Malaysia yang tidak menggunakan jenama telefon pintar yang seharusnya mereka promosi dalam kehidupan harian.
Walaupun kedengaran ekstrem, pemilik jenama harus bersikap tegas dan tahu garis panduan yang patut diambil oleh duta jenama mereka.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Jennie BLACKPINK Keluar Bersama BamBam GOT7, Ini Penjelasan Wakil Agensi

gempak
19/09/2024
12:25 MYT
Wakil daripada label Jennie BLACKPINK, OA Entertainment tampil menafikan khabar angin hubungan cinta dengan anggota kumpulan GOT7, BamBam.
Gaya Hidup

5 Sebab TECNO POVA 6 Pro Sesuai Untuk Kaki Gamer & Mesra Poket!

gempak
27/08/2024
17:28 MYT
Jika anda sedang mencari telefon pintar yang menawarkan prestasi mantap tanpa perlu menghabiskan wang yang banyak, TECNO POVA 6 Pro mungkin menjadi pilihan terbaik untuk anda.
Hiburan

Dianggap Wajah Pelaris Produk, Ini Komen Hannah Delisha!

gempak
20/08/2024
17:05 MYT
Terbaharu, Hannah dilantik menjadi duta produk kecantikan Conboo yang mana sesuai digunakan oleh semua golongan.
Hiburan

Pilih Jenama Mewah, Harga Katil Jennie BLACKPINK Sama Nilai Sebiji Rumah!

gempak
11/08/2024
07:55 MYT
Baru-baru ini, penyanyi dan anggota kumpulan BLACKPINK, Jennie muncul dalam rancangan hiburan berjudul TMI News Show.
Viral

PDRM Gerakkan Pasukan Penyelam Cari Telefon Pintar Milik Farah Kartini

gempak
16/07/2024
15:07 MYT
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menggerakkan sepasukan penyelam (Unit Forensik) ke lokasi penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, 25, di Kampung Sri Keledang, Hulu Selangor esok.