gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
“Jangan Basuh Najis Lembu Dalam Sungai!” - PHM Tegur Tindakan Salah Ketika Ibadah Korban
HIBURAN
Aliff Syukri Bermalam Di Rumah Bibik Tudung Di Surabaya, Bangga Pekerja Hidup Selesa Selepas 15 Tahun - “Dulu Ada Rumah Buluh Saja”
GAYA HIDUP
Nak Daging Korban Cepat Empuk? Rendam Guna Nanas, Bukan Sudu!
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
RANCANGAN

Ray-D Jadikan G-Dragon Sebagai Inspirasi - “Atas Pentas, Saya Nak Jadi Macam Dia”

gempak
gempak
08/06/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
Ray-D Jadikan G-Dragon Sebagai Inspirasi - “Atas Pentas, Saya Nak Jadi Macam Dia”
Bintang Big Stage Alpha (BSA), Ray-D mengakui ikon K-Pop terkenal, G-Dragon merupakan sumber inspirasinya dalam mencorakkan gaya persembahan setiap minggu.
Menurut Ray-D, dia tertarik dengan cara ikon tersebut mengendalikan dua sisi berbeza dalam dirinya iaitu G-Dragon merupakan seorang yang pendiam dan pemalu dalam kehidupan peribadi, tetapi berubah menjadi sangat berkarisma dan berani ketika berada di atas pentas.
“G-Dragon ni memang idola saya. Sekarang saya tengah cuba untuk praktikkan rutin dia.

“Macam dia, bila dekat orang ramai, dia sangat introvert dan malu malu tapi atas pentas dia nampak macam orang lain. Dia nampak ganas. Saya memang nak tiru gaya dia je la,” katanya kepada Gempak.

Walaupun menjadikan bintang Korea Selatan itu sebagai idola, Ray-D menegaskan dia tetap mahu mengekalkan identiti sendiri sebagai seorang penghibur.
“Saya nak orang lihat saya sebagai Ray-D la tapi kita ambil sikit je inspirasi dari GD. Menari apa semua, saya akan kekal sebagai Ray-D yang dikenali.

“Saya bila dengan orang tidaklah ikut gaya GD sebab GD tu terlalu introvert. Saya tidak macam itulah. Saya ambil cara dia bila dia berada di atas pentas sahaja,” jelasnya.

Bagaimanapun, bintang BSA yakin bahawa betapa pentingnya setiap penggiat seni memiliki idola sebagai rujukan dan motivasi dalam memperbaiki persembahan mereka dari semasa ke semasa.
Ray-D turut menjadikan Ariel Fesol sebagai contoh terbaik, apabila peserta dari kumpulan Alpha Prime itu menjadikan penyanyi antarabangsa, Harry Styles sebagai idola dan sering menampilkan elemen gaya penyanyi tersebut dalam setiap persembahannya.
“Bagi saya, kita dalam industri seni ni, mesti ada idola tersendiri. Peserta peserta yang lain pun pasti ada idola mereka yang tersendiri dan mereka ada tiru juga apa yang idola mereka akan buat.

“Contohnya, Ariel Fesol mengidolakan penyanyi antarabangsa, Harry Style. Setiap minggu dia cuba untuk bawa unsur unsur Harry Style dalam persembahan dia. Macam tu juga dengan saya.

“Kita boleh ambil sikit unsur unsur idola saya dan boleh jadikan sebagai persembahan kita punya. Takdelah untuk ambil seratus peratus,” ujarnya.

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Nama Diramal Ke Pentas Akhir, Ariel Fesol Anggap Itu Doa Dari Peminat - “Sekiranya Apa Yang Dikatakan Itu…”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Ariel Fesol Kongsi Momen Buka Jaket Adalah Spontan - “Pihak Produksi Cakap Jangan Dekat Saya”

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: Afiq Sky Tertekan Lolos Ke Pusingan Separuh Akhir - "Makin Senang Untuk Berada Di Bottom Three"

BERITA BERKAITAN: #BigStageAlpha: “Sepatutnya Saya Masuk Masa Season Nadeera” - Rizal Rashid

Big Stage Alpha yang dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose bersiaran secara langsung dari Shah Alam Royal Theater selama lapan minggu.
Big Stage Alpha pada setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria (Saluran 104) dan turut distrim melalui Astro GO dan sooka.
Saksikan melalui Astro Ria, Astro GO, Astro Gempak dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video