gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
BERITA
Tangan Dipotong, Ibu Dalam Pantang Maut Dibunuh Suami
GAYA HIDUP
“Jangan Basuh Najis Lembu Dalam Sungai!” - PHM Tegur Tindakan Salah Ketika Ibadah Korban
HIBURAN
Aliff Syukri Bermalam Di Rumah Bibik Tudung Di Surabaya, Bangga Pekerja Hidup Selesa Selepas 15 Tahun - “Dulu Ada Rumah Buluh Saja”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
GAYA HIDUP

Nak Daging Korban Cepat Empuk? Rendam Guna Nanas, Bukan Sudu!

gempak
Amri Hassan
08/06/2025
12:50 MYT
Sponsor Banner
Nak Daging Korban Cepat Empuk? Rendam Guna Nanas, Bukan Sudu!
Sempena sambutan Hari Raya Aidiladha yang berlangsung semalam, pelbagai petua tradisional kembali tular dalam kalangan masyarakat — khususnya melibatkan cara untuk melembutkan daging korban dengan lebih cepat.
Salah satu yang sering dikongsi di media sosial ialah kaedah merendam daging bersama sudu logam, terutamanya jenis ‘stainless steel’, yang didakwa mampu mempercepatkan proses melembutkan daging.
Namun begitu, Public Health Malaysia (PHM) dalam satu hantaran di Facebook tampil menjelaskan bahawa kaedah tersebut tidak mempunyai asas saintifik dan hanya merupakan mitos yang tidak terbukti keberkesanannya.
“Tips melembutkan daging yang tidak berkesan dan sekadar mitos adalah rendam dengan sudu, rendam dengan biji kurma, peram dengan gula atau madu, masak dengan batu atau syiling,” menurut kenyataan PHM.
Sebaliknya, PHM mengesyorkan agar pengguna mengaplikasikan kaedah yang telah terbukti secara saintifik seperti merendam daging bersama hirisan nanas selama 15 hingga 30 minit.
Namun, mereka turut mengingatkan agar tidak merendam terlalu lama kerana ia boleh menyebabkan tekstur daging menjadi terlalu lembik atau hancur.
Selain nanas, kaedah lain yang turut disarankan termasuk perapan menggunakan betik muda, daun betik, atau menyelaputi daging dengan lemon atau cuka.
Penggunaan teknik memasak secara perlahan (slow cook) juga boleh membantu melembutkan serat otot daging secara efektif.
Menurut PHM, buah seperti nanas dan betik mengandungi enzim semula jadi yang mampu memecahkan struktur protein dalam daging, sekali gus menjadikannya lebih empuk dalam tempoh singkat tanpa perlu bergantung pada petua yang tidak berasaskan sains.
Topic Berkaitan
#Viral
#Tips
#Daging
#Aidiladha
#Korban
#Nanas
#Sudu
#Public Health Malaysia
#Betik
#Empuk
Must-Watch Video