,
Berita

Hazami Ajak Peminat Mengimbau Nostalgia Raya Bersama Tiga Lagu Barunya

Elrafaei Sapi
08/06/2018
08:01 MYT
Penyanyi popular, Hazami tunaikan permintaan peminatnya dengan menghasilkan dua lagu baru sempena Aidilfitri.
Hazami yang pernah mencipta nama menerusi program Gegar Vaganza pada tahun lalu terus bersemangat untuk berkarya sehingga muncul dengan single Maha pada tahun ini.
Meskipun pada tahun ini, dia sibuk dengan menerbitkan lagu untuk penyanyi lain, Hazami juga sebenarnya sempat menghasilkan lagunya sendiri.
Lebih menarik, Hazami tidak berseorangan kerana dia mengambil peluang berkolaborasi dengan rakan baiknya sendiri, bekas peserta Malaysian Idol tahun 2004, Zamil Idris.
Pernah muncul dengan single berjudul Keranamu, Zamil sebalilknya tidak berputus asa untuk mencuba nasib dengan single duetnya bersama Hazami kali ini.
Lagu Menanti Ku Pulang dan Oh Hari Raya, dicipta beberapa tahun lalu tetapi Hazami mengambil keputusan untuk memperkenalkan dua lagu tersebut pada 1 Jun lalu manakala lagu duet bersama Zamil berjudul Kudrat dilancarkan pada 25 Mei lalu.
Hazami memberitahu lagu ini cuba mengambil mood joget dan lirik beraya di kampung yang sangat mengimbau kenangan kepada sesiapa yang berada di perantauan.
Tambahnya, sambutan ketiga lagu baru sempena Aidilfitri itu cukup positif daripada pendengar dan peminat terutama menerusi platform digital, spotify dan iTunes.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

“Saya Hampir Nak Jual Piano Kesayangan…”- Hazami Dedah Pernah Tiada Duit Nak Makan

gempak
15/08/2022
05:02 MYT
Hazami Dedah Pernah Tiada Duit Nak Makan
Hiburan

Bila Badrul Bicara: Jangan Pandang Hanya Pada Rupa, Bakat Sangat Mahal Harganya

gempak
04/10/2019
05:14 MYT
Berita

Aishah Pertaruhkan ‘Malar’ Bersama Elemen 'Live String' Buat Peminat

gempak
12/06/2018
08:14 MYT
Berita

"Terima Kasih Kerana Menghargai Saya" - Hazama

gempak
17/04/2018
05:06 MYT
Hiburan

Hasrat Belajar Vokal Dengan Hazami Bukan Main-Main - Datuk Seri Vida

gempak
29/12/2017
13:36 MYT