,
Laman Utama

Harga Bell Ngasri Naik Sikit Lepas Popular, Kini Duta Minyak Wangi!

Amri Hassan
31/10/2023
09:40 MYT
Pelawak Bell Ngasri menjelaskan dirinya tidak pernah meletakkan harga tinggi selepas memenangi anugerah baru-baru ini.
Namun, akui Bell, 43, terdapat sedikit peningkatan harga bayaran di luar kawalannya.
Mungkin (harga) up sikit tapi bukan saya yang up kan. Dia orang sendiri yang up kan. Contohnya program tv pun tak semesti saya yang naikkan harga sebab sudah menang anugerah.
“Tapi harga yang diberikan sehingga saya tanya secara bergurau kenapa dulu tidak beri harga begini dan tidak ada bajet walaupun ada bajet kan?
Tetapi saya tidak kisah pun dan sebenarnya kerja dalam industri sudah lama dan yang kerja dengan saya semua sudah biasa dengan saya.
“Mereka tahu kerja saya dan menghargai hasilnya. Saya tidak letakkan harga dan jika mereka hargai saya dan tahu bagaimana saya kerja, apa salahnya (hargai).Ini perjalanan seni hidup saya dan mungkin sampai masa dapat harga macam kni,” katanya.
Bell berkata demikian ketika majlis pelantikannya sebagai duta produk minyak wangi jenama Sky di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tak terfikir jadi duta wangian

Menerusi wangian Bell Edition, ia tampil dengan tiga variasi iaitu Bell Eau De Parfum for Him, Bell Eau De Parfum for Her dan Bell Freshener.
Mengulas lanjut, Bell meluahkan rasa terharu kerana dipilih menjadi duta minyak wangi buat pertama kali dalam kariernya walaupun sering membawa watak lelaki kampung dan bukan urban.
Jelas bapa tiga anak itu, dia menerima tawaran menjadi duta kerana mahu turun padang bertemu orang yang menyokong dan mengundinya hingga dia berada di tahap sekarang.
“Saya tidak pernah terfikir suatu hari nanti diberi peluang menjadi duta wangian, walaupun hanya diikat selama sebulan namun ianya satu pengalaman yang cukup mengujakan.
“Dan pastinya Festival Kedah Best bakal menjadi platform untuk saya turun bertemu peminat yang selama ini tidak jemu-jemu menyokong kerjaya lakonan saya.
“Saya akan turun di Karnival Kedah Best yang turut menjadi rangka promosi bagi memperkenalkan wangian ini pada Disember depan," tambahnya.

Menang hadiah RM500,000

Sementara itu, menurut Pengarah Urusan Iconic Sky Entertainment, Muhammad Danial Ismail, pemilihan Bell sebagai duta produk untuk wangian Sky bagi Bell Edition adalah bertepatan dengan visi mereka untuk memperkenalkan jenama terbabit kepada pasaran tempatan.
Ini merupakan wangian pertama keluaran Iconic Sky Entertainment yang diberi nama Sky. Untuk edisi pertama Sky, kami tampil dengan kolaborasi bersama Bell Ngasri dan kami datang dengan tiga variasi dan ia akan dijual di platform online yang Iconic Sky Entertainment sediakan.
“Bell Eau De Parfum for Him, kami tampilkan bauan citrus fresh manakala untuk Bell Eau De Parfum for Her pula, kami tumpukan kepada aroma sweet rose. Untuk Bell Freshener yang sesuai untuk diletakkan di dalam kereta atau rumah, kami tampilkan wangian vanilla cream.
“Sebagai pemain baharu dalam industri ini, besar harapan kami untuk memperkenalkan wangian Sky kepada peminat wangian tempatan, seterusnya memikat hati orang ramai. Kami percaya Bell mempunyai potensi besar untuk membawa jenama Sky dengan lebih meluas,” kata Danial.
Dalam pada itu, Danial turut mengumumkan acara Karnival Kedah Best yang turut menjadi rangka promosi bagi memperkenalkan wangian Sky ini.
“Kami bakal adakan acara besar-besaran untuk melancarkan wangian ini di Karnival Kedah Best yang akan berlangsung di Tasek Darul Aman Park, Jitra Kedah pada 23 Disember hadapan.
“Bell Ngasri sendiri akan turun padang ke sana bagi memeriahkan acara. Selain pelancaran dan jualan wangian, Karnival Kedah Best turut menarik ramai pengunjung dengan pelbagai acara menarik seperti Pertandingan Memancing, Perhimpunan Motor, Jualan T-Shirt (motor dan memancing) serta booth jualan makanan.
“Pengunjung yang datang boleh menyertai cabutan bertuan dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM500,000 antaranya Nissan GTR, Yamaha 135LC, gelang emas dan wang tunai dengan setiap pembelian. Kesemua pembelian wangian dan baju akan mendapat satu kupon cabutan bertuah,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Viral

#Travelmana: Didakwa Penuh Sampah, Bali Jadi Destinasi Tidak Wajib Dilawati 2025

gempak
23/11/2024
12:00 MYT
Agensi panduan pelancongan terkenal, Fodor mengeluarkan daftar destinasi di dunia yang perlu dielakkan untuk dilawati pada tahun 2025.
Sukan

Petinju Conor McGregor Bersalah R*gol Wanita, Diarah Bayar RM960,000

gempak
23/11/2024
09:30 MYT
Petinju kontroversi, Conor McGregor didapati bersalah atas dakwaan merogol seorang wanita dalam kes sivil yang difailkan terhadapnya oleh Mahkamah Tinggi Dublin, Ireland.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Unitar