gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
RANCANGAN
Ray-D Jadikan G-Dragon Sebagai Inspirasi - “Atas Pentas, Saya Nak Jadi Macam Dia”
HIBURAN
ERA Cipta Sejarah Sebagai Radio Malaysia Pertama Bersiaran Dari Stadium Old Trafford
HIBURAN
Zul Ariffin Dah ‘Bangkit Dari Tidur’, Berjaya Turunkan Berat Sebanyak 15 Kilogram - “Tetapi Saya Belum Selesai…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Harapan Meragut Akak Baju Kelawar Tak Kesampaian, Abang Grab Rempuh Motosikal Dua Perompak Sebelum Ditahan Polis

gempak
Izwan Isa
23/08/2022
06:50 MYT
Sponsor Banner
Harapan Meragut Akak Baju Kelawar Tak Kesampaian, Abang Grab Rempuh Motosikal Dua Perompak Sebelum Ditahan Polis
Semalam, tular di media sosial satu rakaman CCTV insiden ragut yang difahamkan berlaku berdekatan dengan Menara Felda FGV, Kuala Lumpur.
Apa yang menyorot perhatian netizen adalah mangsa ragut merupakan seorang wanita yang pada ketika itu mengenakan sehelai baju tidur jenis kelawar.
Sungguhpun mengenakan pakaian tidur, namun, wanita berkenaan dilihat tidak mengalah apabila dua suspek yang terlibat cuba untuk menarik tas tangan miliknya.
Selang beberapa saat adegan tarik menarik beg berlaku, kelibat seorang penghantar makanan Grab yang menaiki hadir dan merempuh motosikal kepunyaan suspek.
Dalam masa sama, kelihatan sebuah kereta turut berhenti dan membantu penghantar makanan serta wanita tersebut untuk memberkas dua suspek yang terlibat.
Menerusi komen-komen yang ditinggalkan di media sosial, ramai memuji tindakan penghantar makanan tersebut yang dianggap sebagai hero kerana sanggup mengorbankan kenderaan yang digunakan untuk merempuh motosikal suspek.
Dalam masa sayang sama, netizen turut menyelar tindakan dua suspek berkenaan yang melakukan jenayah walhal masih sihat tubuh badan dan mampu untuk keluar mencari pekerjaan.
Difahamkan, suspek yang terlibat telah pun diberkas dan ditahan oleh pihak berkuasa selepas kejadian.
Topic Berkaitan
#Ragut
#Abang Grab
#Kakak Baju Kelawar
Must-Watch Video