Viral
Harap Diberi Ketenangan, Vivy Yusof & Suami Yakin Dengan Sistem Kehakiman Untuk Bersihkan Nama - “Kami Perlu Ambil…”
Lama mendiamkan diri di laman sosial, akhirnya pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof tampil membuka mulut mengenai kontroversi yang melanda dirinya dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.
Terima kasih
Menerusi di Instagram (IG), Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof mengucapkan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepadanya dan suami.
Menurut Vivy, mereka akan terus memberikan kerjasama kepada badan kehakiman dalam siasatan membabitkan pertuduhan pecah amanah membabitkan Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dalam platform e-dagang.
“Pertama sekali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua atas sokongan dan kebaikan yang telah diberikan sepanjang tempoh ini.
“Kami perlu mengambil sedikit masa untuk memproses apa yang telah berlaku dan bagaimana situasi ini telah berkembang.
“Susulan siasatan selama sebulan oleh SPRM, kami dimaklumkan pada hari Khamis mengenai tuduhan terhadap kami berkenaan satu transaksi pada tahun 2018.
ARTIKEL BERKAITAN: Aliran Tunai FashionValet, SPRM Rakam Percakapan Empat Lagi Individu
ARTIKEL BERKAITAN: Op Favish: Ada Transaksi Meragukan, SPRM Mahu Lihat Jika Ada Unsur Penipuan - Azam Baki
ARTIKEL BERKAITAN: SPRM Beku Akaun Persendirian, Syarikat Vivy Dan Fadza Bernilai Kira-Kira RM1.1 Juta
ARTIKEL BERKAITAN: Isu FashionValet: 11 Beg Tangan, Seutas Jam Tangan Mewah Disita Dari Kediaman Vivy, Fadza
“Kami tidak dapat mengulas lanjut mengenai kes ini, namun kami akan terus memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang proses ini.
“Kami percaya sistem kehakiman akan membawa penyelesaian kepada kes ini dengan harapan akhirnya dapat membersihkan nama kami,” katanya.
Ketenangan & kehidupan normal
Pada perkongsian yang sama, usahawan berusia 36 tahun itu turut berharap dirinya dan suami dapat memperoleh sedikit ketenangan dan mahu menjalani kehidupan yang normal bersama keluarga.
“Seiring dengan berlanjutnya proses ini, kami berharap dapat memperoleh sedikit ketenangan dan kembali ke kehidupan normal, terutamanya demi keluarga tercinta.
“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang telah membantu dan mengirimkan mesej serta doa-doa yang baik. Semoga Tuhan membalas kebaikan kalian,” ujarnya.
Terdahulu, Vivy dan Fadza mengaku tidak bersalah atas dakwaan pecah amanah dengan melakukan transaksi sebanyak RM8 juta di Bukit Damansara pada tahun 2018.
Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum dua tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Hakim, Rosli Ahmad kemudiannya membenarkan Vivy dan suaminya diikat jamin sebanyak RM100,000 setiap seorang dan menetapkan 22 Januari 2025 sebagai sebutan semula kes.
Vivy dan Fadza juga diperintahkan untuk menyerahkan pasport antarabangsa mereka kepada pihak mahkamah.
Must-Watch Video