,
Laman Utama

Halloween Jadi Tragedi! 146 Meninggal Dunia, 150 Cedera Di Itaewon

Amri Hassan
29/10/2022
20:19 MYT
Sekurang-kurangnya 146 orang meninggal dunia dan lebih 150 yang lain cedera dalam rempuhan orang ramai di laluan sempit di ibu kota Korea Selatan, Itaewon pada Sabtu.
Daerah yang popular dengan hiburan waktu malam di Korea Selatan itu bertukar menjadi mimpi ngeri ketika sambutan perayaan Halloween yang disambut meriah pada mulanya.
Memetik laporan The Korea Herald, pihak bomba tempatan menerima laporan mengenai ramai mangsa yang mengalami kesukaran bernafas sekitar pukul 10.22 malam Sabtu akibat dari rempuhan itu.
146 meninggal dunia, 101 telah dihantar ke beberapa buah hospital dan lebih 45 mangsa lain dibawa ke gimnasium tertutup berhampiran untuk rawatan susulan. Namun, jumlah sebenar masih disiasat.
Kebanyakan mangsa yang meninggal dunia berusia 20-an.
Kat Ketua Siasatan Jenayah Polis Yongsan, Choi Eul-cheon, tiada dadah dikesan dari tempat kejadian.
"Pihak kami tidak menemui sebarang dadah berdasarkan laporan yang diterima," ulasnya.
Difahamkan, daerah terbabit telah menerima lebih 100,000 kunjungan pelawat pada Sabtu untuk meraikan Halloween tanpa memakai sebarang pelitup muka mahupun penjarakan sosial.
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol berkata, semua pihak perlu memainkan peranan untuk menyiasat insiden yang berlaku.
"Semua menteri dan agensi perlu mengambil langkah segera untuk membantu mangsa yang terbabit," maklum beliau menerusi wakil, Lee Jae-myung.
Sementara itu, Itaewon menjadi topik sohor kini di Twitter sejak malam Sabtu.
Sumber: The Korea Herald, Allkpop, Seoul Economy Daily
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Berita

Bekas Pelumba GP Negara Meninggal Dunia

gempak
12/09/2024
03:26 MYT
Pelumba yang pernah membawa nama Malaysia ke peringkat Asia dan antarabangsa, Elly Idzlianizar Elias, 40 meninggal dunia, semalam.
Berita

Penulis Blog Raja Petra Kamarudin Meninggal Dunia

gempak
10/09/2024
00:32 MYT
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

Bapa Fikry Ibrahim Meninggal Dunia - "Ayah Saya Sudah Kembali Ke Rahmatullah.."

gempak
06/09/2024
01:31 MYT
Bapa kepada pelakon, Fikry Ibrahim, Ahmad Ibrahim meninggal dunia pada Jumaat.