,
Berita

Gwen Stefani Dedah Dirinya dan Tiga Anak Alami Masalah Dyslexia: "Ini Semua Genetik"

Maliah Surip
15/12/2020
14:23 MYT
Penyanyi Gwen Stefani mendedahkan dirinya seorang wanita yang mengalami masalah dyslexia.
Namun kini, masalah gangguan kesukaran membaca, mengira dan menulis itu juga turut dialami oleh ketiga tiga anak lelakinya, Kingston, 14, Zuma, 12, dan Apollo, 6.
Pendedahan tersebut dibuat sewaktu dirinya menjadi tetamu bual bicara bersama Zane Lowe dalam edisi terkini Apple Music, At Home With baru baru ini.
Menurut vokalis No Doubt yang muncul dengan single baharu berjudul Let Me Reintroduce Myself, beliau mengatasi masalah dyslexia melalui muzik.
"Saya gagal di sekolah walaupun seorang pelajar yang baik. Cuma saya menghadapi masalah untuk berfikir sama seperti rakan lain. Otak saya tidak berfungsi seperti mereka.
"Otak saya berfungsi dengan cara lain. Saya juga susah untuk membuat keputusan dan berhadapan dengan banyak masalah kerana ini (dyslexia)," akui Stefani.
Bintang berusia 51 tahun itu kemudian mengatakan, masalah yang sama kini mulai dirasakan oleh tiga anak dari hasil perkahwinan lamanya dengan Gavin Rossdale.
"Mereka mula menghadapi masalah membaca. Masalah serupa yang membuat saya sedar tentang dyslexia saya.
"Mereka memiliki semua ciri ciri yang saya punya sejak dulu. Mereka mendapatkan ia dari saya, ini semua genetik saya," kata Stefani lagi.
Meski demikian, Stefani mengaku biarpun anak anaknya mengalami masalah dyslexia, beliau bersyukur kerana dapat memberikan mereka pendidikan yang sesuai dan terbaik.
"Mereka beruntung kerana sudah memilikinyadaripada saya. Kini mereka semua mendapatkan pendidikan yang terbaik daripada guru guru yang hebat. Mereka tak perlu malu kerana memilikinya (dyslexia).
"Mereka faham otak mereka bekerja dalam cara yang berbeza. Semuanya tentang apa yang kita mahu ia terjadi," ujar tunangan Blake Shelton ini lagi.
Penyanyi itu mengatakan kehidupannya saat ini lebih baik di samping Shelton yang disifatkan sebagai teman baik dan individu yang banyak memberi sokongan kepadanya.
"Hidup saya lebih baik kini bersama Shelton. Ia seperti saya memasuki fasa kehidupan baharu yang lain," katanya yang sudah bercinta dengan komposer tersebut selama lima tahun.
Kredit Foto: Getty Images Instagram: @gwenstefani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hollywood

Rumah Tangga Didakwa Bergolak, Gwen Stefani: “Anda Boleh Cakap Apa Saja…”

gempak
11/04/2024
13:45 MYT
Rumah tangga Gwen Stefani dengan Blake Shelton baru didirikan pada 2021. Namun baru memasuki 2024, pasangan selebriti tersebut didakwa sudah tidak lagi bahagia.
Laman Utama

"Gemuk Satu Pilihan Bukan Ketentuan"- Dr. Say Minta Cukup Salahkan Genetik!

gempak
29/01/2023
11:00 MYT
Dr. Say Minta Cukup Salahkan Genetik!
Laman Utama

[VIDEO]“Berhentilah Lakukan Pembedahan Plastik”- Ramai Hampir Tak Kenal Dengan Wajah Terbaharu Gwen Stefani

gempak
12/09/2022
12:45 MYT
Ramai Dah Tak Kenal Dengan Gwen Stefani
Laman Utama

Selepas Beberapa Hari, Gwen Stefani Akhirnya Kongsi Foto Hari Bahagia

gempak
06/07/2021
14:40 MYT
Selepas melangsungkan perkahwinan pada 3 Julai baru-baru ini, akhirnya penyanyi popular Hollywood, Gwen Stefani mula berkongsi foto hari bahagianya itu di akaun Instagram miliknya hari ini.
Laman Utama

Lambang Cinta, Blake Shelton Kahwini Gwen Stefani Dalam Gereja Khas

gempak
05/07/2021
08:10 MYT
Pasangan penyanyi popular Hollywood, Blake Shelton dan Gwen Stefani akhirnya berkahwin setelah hampir enam tahun menjalin cinta.