,
Berita

Guna Kedudukan, DM & Keluar Makan, Modus Operasi Penceramah Bebas 'Jerat' Mangsa

Maliah Surip
01/12/2020
15:10 MYT
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mengatakan penceramah bebas yang kini direman bagi membantu siasatan berhubung kes rogol dipercayai menggunakan kedudukannya yang dikenali ramai sebagai salah satu cara 'menjerat' mangsanya.
Dalam sidang media yang diadakan di Bukit Aman siang tadi, Huzir mengatakan siasatan mendapati suspek dipercayai menggunakan kedudukannya yang dikenali ramai itu untuk mengajak mangsa keluar sebelum melakukan perbuatan terkutuk.
"Polis juga mendapati mangsa berkenalan dengan suspek menerusi mesej peribadi di laman Instagram sebelum dipelawa untuk berkenalan dan keluar makan.
"Kemudian suspek memperdaya dan memerangkap mangsa untuk dibawa ke rumahnya," kata Huzir seperti dilaporkan Awani.
Sehingga kini, polis secara keseluruhan kini sudah menerima tujuh laporan dan telah membuka dua kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.
"Satu kertas siasatan pula dibuka mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan iaitu melakukan seks luar tabii dan selebihnya di bawah Seksyen 354 kanun sama iaitu mencabul.
"Semua mangsa berusia antara 22 hingga 26 tahun," katanya.
Beliau berkata, polis percaya ada mangsa lain akan tampil membuat laporan polis terhadap suspek dan pihaknya sudah menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kes melibatkannya.
Sehubungan itu, beliau meminta individu yang pernah menjadi mangsa gangguan seksual oleh suspek untuk segera tampil membuat laporan.
Suspek pernah menyertai sebuah rancangan realiti keagamaan pada 2016 sebelum popular sebagai penyanyi dan pelakon.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

"Ada Lelaki Tawarkan RM10,000, Dia Ajak Saya ..." - Andyoso

gempak
04/07/2024
21:55 MYT
Penyanyi muda Andyoso mendedahkan pernah menerima tawaran daripada seorang lelaki yang mahu membayar sejumlah wang RM10,000 untuk keluar bersama.
Hiburan

Terima DM Dihina Seperti Haiwan, Ibu Aliff Aziz Tak Melenting - "Teruskanlah Jika Ini Membuat Anda Bahagia"

gempak
19/06/2024
08:25 MYT
Selepas kes kontroversi khalwat yang membabitkan aktor sensasi, Aliff Aziz dan aktres Ruhainies, setiap hantaran yang dibuat ibunya, Siti Hafiza Bashaharil pasti meraih perhatian wargamaya.
Laman Utama

“Selepas Lima Bulan Baru Dia Balas” - Detik Perkenalan Shuib & Watie Bermula Dari DM Ucapan Takziah

gempak
08/06/2023
06:45 MYT
Kalau dah jodoh...
Laman Utama

Penceramah Bebas Didakwa Lagi Atas Tuduhan Rogol Remaja

gempak
01/12/2022
09:25 MYT
Seorang penceramah bebas yang sebelum ini didakwa atas sembilan pertuduhan berkaitan seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 14 tahun, hari ini didakwa lagi di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan merogol mangsa sama.
Laman Utama

Penceramah Bebas Dituduh Cabul Kanak-Kanak Yang Juga Ahli Keluarga Sendiri

gempak
24/11/2022
02:25 MYT
Kes terjadi di Kuala Terengganu...