Hollywood
Gugurkan Nama Bapa & Pilih Nama Ibu, Vivienne Jolie Tak Anggap Bratt Pitt Sebagai Ayah
Perceraian antara Angelina Jolie dan Brad Pitt memberi kesan yang cukup besar terhadap anak-anak mereka.
Terkini, seorang lagi anak mereka menggugurkan nama Pitt sekaligus tidak mahu dikaitkan dengan aktor tersebut sebagai lelaki yang pernah menjadi bapa mereka.
Gugur nama Pitt
Vivienne yang kini berusia 15 tahun menggugurkan nama Pitt dengan pengenalan nama baharu, Vivienne Jolie.
Dia memperkenalkan nama baru tersebut menerusi kredit nama satu projek berjudul The Outsiders yang menyaksikan dirinya menjad pembantu Jolie.
Keputusan Vivienne menjadikan dia anak ketiga pasangan tersebut yang tidak mahu mengaku Pitt sebagai bapa mereka.
Sebelum ini anak lelaki angkat Pitt, Shiloh menggugurkan namanya pada usia 18 tahun diikuti seorang lagi anak angkatnya, Zahara, 19.
Jolie dan Pitt menjalin hubungan selepas terlibat dalam naskhah Mr & Mrs Smith pada 2005 sebelum berkahwin pada 2014 dan berpisah dua tahun kemudian.
ARTIKEL BERKAITAN: Brad Pitt Didakwa Sudah Lama Dera Angelina Jolie
ARTIKEL BERKAITAN: Angelina Jolie Sifatkan Hollywood Dunia Tak Sihat, Pernah Diserang Bell’s Palsy
Must-Watch Video