,
Laman Utama

Grammy Awards 2023: Menang Record of The Year, Lizzo Dedah Cabut Sekolah Untuk Tonton Beyonce

Maliah Surip
07/02/2023
13:31 MYT
Penyanyi Lizzo diumumkan sebagai pemenang Rekod Sepanjang Tahun dalam Grammy Awards 2023 yang berlangsung pada Ahad di Crypto.com arena, Los Angeles.
Dia mendapatkan anugerah tersebut menerusi album miliknya, About Damn Time!
Lizzo kemudian mencuri perhatian sekaligus menerima tepukan dan standing ovation selepas naik ke pentas dan memberi ucapan yang sangat positif dalam cara yang menghiburkan.
Selain mengingatkan semua orang agar kekal positif dan menjadi diri sendiri, penyanyi itu mendedikasikan kemenangan tersebut buat dua ikon muzik dunia iaitu mendiang Prince dan penyanyi Beyonce.
“Selepas kita kehilangan Prince, saya membuat keputusan untuk melahirkan muzik yang positif.
“Saya seperti ‘aku tidak peduli sama ada positiviti aku menganggu’.”
“Positif dan melahiran muzik yang bagus serta menjadi diri sendiri adalah apa yang saya inginkan.
“Sekarang apabila saya melihat banyak karya yang bercakap tentang sayangi diri atau berbangga dengan diri sendiri, ia membuat saya bangga kerana telah menjadi sebahagian daripadanya,” kata Lizzo sewaktu menerima anugerah tersebut.
Penyanyi kulit hitam berusia 34 tahun tersebut dalam ucapan yang sama mendedahkan Beyonce adalah figura yang bertanggungjawab mengubah kehidupannya kini.
Dia malah mengaku ‘cabut sekolah’ hanya untuk menyaksikan salah satu persembahan Beyonce sewaktu berada dalam gred 5.
“Sewaktu berada dalam gred 5 saya ‘cabut sekolah’ untuk melihat persembahan anda (Beyonce). Salahkan kakak saya kerana dia yang bawa.
“Anda telah merubah hidup saya. Lagu gospel yang anda nyanyikan membuat sata berasa ingin membuat banyak orang gembira apabila saya mempunyai karya atau muzik sendiri. Terima kasih,” katanya disambut tepuk tangan tetamu.
Ironi, Beyonce dianugerahkan sebagai pemenang Best dance/electronic Music Album for Renaissance pada anugerah yang sama.
Kemenangan tersebut membuat Beyoncé mencetak sejarah sebagai pemegang rekod pemuzik terbanyak memenangi Grammy Awards dengan 32 trofi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Charlie Puth Kahwin Kekasih Zaman Sekolah, Majlis Ringkas Di Rumah Keluarga

gempak
18/09/2024
06:55 MYT
Penerbit, penyanyi dan penulis lirik terkenal Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila berkongsi butiran dan foto serta video perkahwinan bersama kekasihnya, Brooke Sansone.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
gimme-the-mic

#GimmeTheMicMY: Ameerais Bangga, Anggap Pencapaian Paling Jauh Sepanjang 14 Tahun Dalam Karier Nyanyian – “Saya Tunjuk Pada Semua Saya Boleh Menyanyi”

gempak
17/09/2024
02:55 MYT
Penyanyi Ameerais menyifatkan perjalanannya di Gimme The Mic Malaysia adalah pencapaian tertinggi dalam kariernya sepanjang 14 tahun dalam industri seni.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.