HIBURAN
“Girl Tak Bersalah Di Sini” – Alya Iman Nafi Jadi Punca Rumah Tangga Zizi Kirana, Yusuf Bahrin Goyah
Pelakon, Alya Iman tampil bersuara selepas didakwa menjadi punca kepada kemelut rumah tangga pasangan selebriti Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana.
Menerusi ruangan komen sebuah portal hiburan yang melaporkan mengenai kecaman netizen terhadap dirinya, Alya mengakui dia tidak bersalah dalam isu tersebut sekaligus menafikan dakwaan kononnya dia menjadi punca keretakan hubungan pasangan selebriti itu.
“Tiba-tiba kita yang kena ek, Girl tak bersalah di sini,” tulisnya.

Tuduhan itu timbul susulan Alya dan Yusuf digandingkan dalam drama Si Bakhil dan Bunganya yang kini sedang ditayangkan di Astro Ria.
Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas berkenalan menerusi program All Together Now Malaysia.
Spekulasi mengenai hubungan mereka mula timbul pada awal Julai lalu selepas pasangan itu dilihat tidak lagi saling mengikuti di media sosial.
Malah, beberapa perkongsian luahan emosi di Threads turut menimbulkan pelbagai andaian netizen yang percaya rumah tangga mereka sedang dilanda badai.
Bagaimanapun, Yusuf sebelum ini menafikan hubungan mereka bermasalah dan menegaskan dia sememangnya tidak pernah mengikuti akaun media sosial Zizi sejak awal perkahwinan lagi.
Must-Watch Video