gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
VIRAL
“Kalau Nak Pergi, Silakan…” - Nur Shahida Anggap Buang Masa Bergaduh Dengan Suami Hanya Sebab ‘Penyondol’
HOLLYWOOD
Hubungan Cinta Chris Martin, Dakota Johnson Kandas
HOLLYWOOD
Tom Cruise Pegang Rekod Dunia Buat Terjunan Payung Terjun Terbakar
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
BERITA

Giliran Qhaliq Jadi Mangsa Skim Wajib Tayang

gempak
Elrafaei Sapi
02/04/2018
15:00 MYT
Sponsor Banner
Giliran Qhaliq Jadi Mangsa Skim Wajib Tayang
Pengarah terkenal, Ahmad Idham Ahmad Nadzri menyifatkan filem terbaru, Qhaliq sebagai satu lagi contoh filem tempatan yang menjadi mangsa daripada Skim Wajib Tayang.
Jelasnya, pada mulanya filem kisah anggota bomba ini diberi tayangan untuk 30 pawagam kemudian ditambah kepada 38 pawagam.
"Sepatutnya, filem Melayu hari ini apabila sudah tiada ‘Virtual Print Fee’ (VPF) boleh mendapat 80 atau 70 pawagam atau sebanyak mungkin sedangkan kita mempunyai 150 pawagam," katanya kepada Astro Gempak.
Tambahnya, filem tempatan ketika ini masih diibaratkan 'melukut di tepi gantang' dan kriteria untuk mendapatkan pawagam yang banyak tidak pernah dikongsi dengan produser.
"Kelemahan skim ini buatkan kita tertanya-tanya apa kriteria filem itu diberikan jumlah pawagam yang banyak walaupun filem tempatan sendiri mendapat respons yang baik daripada penonton.
"Bagaimana pula filem yang sampaikan penonton tertidur dapat pula banyak pawagam," katanya.
Sejujurnya, Ahmad Idham menyatakan dia bimbang dengan justifikasi skim ini lama-kelamaan akan membunuh filem tempatan khususnya filem Melayu.
"Jawatankuasa dalaman itu sendiri yang sebenarnya tidak pandai menilai sehingga memberi persepsi yang salah pada penonton apabila mereka meluluskan sesebuah filem tempatan itu dengan jumlah pawagam yang minima," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi
Foto: IG @qhaliqmovie
Topic Berkaitan
#Ahmad Idham
#Qhaliq
#Skim Wajib Tayang
Must-Watch Video