,
Laman Utama

#GempakWrapped23: Michelle Yeoh, Coldplay, Selena Gomez Antara Terhangat Di Hollywood

Muhammad Firdaus
19/12/2023
04:55 MYT
Tahun 2023 sememangnya penuh dengan naik turun emosi buat industri perfileman Hollywood.
Daripada kehilangan nama-nama besar yang menyinari layar perak, sehinggalah kemenangan artis dalam anugerah filem berprestij dunia, ini antara yang paling hangat di Hollywood sepanjang tahun 2023.
1. Michelle Yeoh Menang Anugerah Oscar
Anak kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh melakar sejarah apabila beliau memenangi Anugerah Akademi ke-95 (Oscars 2023) dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik.
Anugerah itu sekali gus menjadikan beliau sebagai wanita Asia pertama meraih trofi tersebut dalam sejarah Oscars.
Yeoh menewaskan empat calon hebat lain iaitu Andrea Riseborough (To Leslie), Cate Blanchett (Tar), Michelle Williams (The Fabelmans) dan Ana de Armas (Blonde).

BERITA TRENDING: Bangga! Michelle Yeoh Bawa Pulang Trofi Pelakon Wanita Terbaik Oscar 2023

2. Selena Gomez Dibenci Peminat
Pernah mendapat pujian daripada peminat atas perilakunya yang dianggap lemah lembut dan baik hati. Pelakon dan penyanyi, Selena Gomez bagaimanapun tidak dapat lari daripada kritikan peminat.
Dituduh sebagai seorang yang suka 'playing victim' dalam hubungan percintaannya dengan bekas kekasih, Justin Bieber, Selena Gomez sekali lagi dikecam peminat apabila bersikap neutral dan meninggalkan tanda suka di entri pro-Israel yang dibuat oleh pelawak, Amy Schumer.
Perbuatannya itu membuatkan ramai peminat kecewa dan mula melabel Selena sebagai seorang yang hipokrit.

BERITA TRENDING: "Saya Tak Sokong Apa-Apa" - Selena Gomez Nak Padam Akaun Instagram?

3. Sinead O'Connor Meninggal Dunia
Industri muzik Hollywood dikejutkan dengan pemergian penyanyi dari Ireland, Sinead O'Connor yang meninggal dunia pada umur 56 tahun.
Penyanyi era 90-an yang popular dengan lagu berjudul Nothing Compares 2U itu pernah mengungguli carta seluruh dunia pada tahun 1990.
O'Conner pada tahun 2018 telah memeluk Islam dan menukar namanya kepada Shuhada Sadaqat namun mengekalkan nama Sinead O'Conner sebagai nama pentas.

BERITA TRENDING: Sinead O’Connor Meninggal Dunia

4. Matthew Perry Meninggal Dunia
Terkenal dengan sitkom Friends, pemergian Matthew Perry mengejutkan industri Hollywood setelah dia ditemukan dalam keadaan lemas pada Oktober lalu di kediamannya, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, beberapa bulan selepas pemergiannya, pegawai kesihatan mengesahkan punca kematian Matthew adalah disebabkan daripada kesan sampingan ketamin.

PILIHAN PEMBACA: Pelakon Sitkom Friends, Matthew Perry Meninggal Dunia Akibat Lemas

Matthew Perry sangat popular dengan peranannya sebagai Chandler Bing dalam sitkom 90-an, Friends yang disiarkan dari tahun 1994 sehingga 2004.

BERITA TRENDING: "Kematian Matthew Perry Disebabkan Ketamin" - Koroner

5. Tina Turner Meninggal Dunia
Penyanyi kulit hitam yang pernah melakar pelbagai sejarah dalam industri muzik sehingga digelar sebagai bintang Rock n Roll, Tina Turner meninggal dunia pada usia 83 tahun selepas lama menderita beberapa penyakit.
Turner pernah didiagnos kanser pada tahun 2016 dan menjalani pembedahan buah pinggang setahun berikutnya.
Turner mula mengungguli industri Hollywood sekitar tahun 80-an menerusi album Private Dancer. Namanya turut mekar apabila bergandingan dengan Mel Gibson dalam filem Mad Max: Beyond Thunderdome.
Bagaimanapun, Turner bersara dari dunia seni pada tahun 2000, setahun selepas pengeluaran album terakhirnya Twenty Four Seven.

PILIHAN PEMBACA: Lama Sakit, Penyanyi Legenda Tina Turner Meninggal Dunia Pada Usia 83 Tahun

6. Fenomena Konsert Coldplay
Walaupun konsertnya mendapat tentangan segelintir rakyat Malaysia, Band Rock daripada London ini berjaya mencipta fenomena apabila 82,000 peminat hadir di Stadium Nasional Bukit Jalil bagi menyaksikan persembahan kumpulan itu secara langsung.
Tiket siri jelajah Music of The Spheres World Tour oleh Coldplay habis dijual hanya dalam masa tempoh tiga jam selepas penjualan dibuka.

BERITA TRENDING: 27 Tahun Penantian, Coldplay Rileks Perform Dalam Hujan & Terima Kasih Malaysia

7. Jeremy Renner Terlibat Kemalangan 'Snowplow'
Insiden mengerikan yang dihadapi oleh pelakon Hawkeye, Jeremy Renner, mendapat perhatian media selepas dia cedera parah dan berada dalam keadaan kritikal setelah digilis oleh kenderaan seberat enam tan.
Renner mendedahkan dirinya patah lebih 30 tulang dan menjalani pembedahan sebanyak dua kali selepas insiden berikut.
Kejadian itu dikatakan berlaku semasa Renner sedang membersihkan salji yang tebal di kediamannya, di Nevada.

BERITA TRENDING: Digilis Jentolak Seberat 6,000 KG, Jeremy Renner Patah 30 Tulang

8. Anak Paris Hilton Dibuli Secara Online
Model dan pelakon, Paris Hilton meluahkan rasa kecewa apabila anaknya, Phoenix, yang berusia sembilan bulan dipersenda netizen kerana bentuk kepalanya yang disifatkan terlalu besar.
Dalam pada itu, ada juga yang bertanya sama ada anaknya menghidap encephalitis. Kondisi di mana tisu otak mempunyai inflammasi, menyebabkan kegagalan fungsi otak.
Hilton tidak menafikan dirinya berasa sedih apabila anaknya dipersenda oleh penguna-pengguna media sosial serta berharap agar manusia mempunyai empati terhadap satu sama lain.

BERITA TRENDING: Anak Terima Cyber Buli Kerana Kepala Besar, Paris Hilton: “Ada Banyak Manusia Kejam”

9. Madonna Dikutuk Muka Buruk & Dimasukkan Ke ICU
Penyanyi tersohor Amerika Syarikat, Madonna, menerima kecaman tentang wajahnya setelah menjadi tetamu khas dalam Grammy Awards 2023.
Madonna juga didakwa telah melakukan terlalu banyak pembedahan plastik oleh segelintir netizen untuk kelihatan kekal muda walaupun sudah berusia lebih 60 tahun.

PILIHAN PEMBACA: Dikutuk Buruk Lakukan Banyak Pembedahan Plastik, Madonna Salahkan ‘Angle’ Jurugambar

Beberapa bulan kemudian, nama Madonna sekali lagi meraih perhatian ramai apabila dia dimasukkan ke unit rawatan rapi setelah difahamkan dijangkiti bakteria serius sehingga menganggu kesihatan diri.
Madonna bagaimanapun kembali pulih dan menyifatkan kesihatannya itu sebagai peluang kedua untuk terus hidup demi anak-anak.

BERITA TRENDING: Madonna Keluar ICU, Keluarga Dedah Sedia Terima Berita Sedih

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Shakira Hentikan Persembahan Lepas Peminat Rakam Video Dari Bawah Dress

gempak
17/09/2024
15:55 MYT
Penyanyi Shakira menghentikan persembahan selepas berang dengan tindakan penonton yang merakam dirinya daripada bahagian bawah dress pendek berwarna coklat yang dipakainya.
Hollywood

Abang Mendiang Michael Jackson, Tito Meninggal Dunia Di Usia 70 Tahun

gempak
16/09/2024
21:00 MYT
Tito Jackson yang terkenal sebagai anggota Jackson 5 dilaporkan meninggal dunia pada usia 70 tahun.
Hollywood

Mariah Carey Memang Diva, Panjat Tembok Besar China Pakai Kasut Tinggi 5 Inci

gempak
15/09/2024
12:29 MYT
Great Wall of China atau Tembok Besar China menjadi destinasi pelancongan yang cukup ikonik untuk dilawati.
Hollywood

Sadis! Tak Sempat Lari Ratu Cantik Switzerland Maut, Suami Cekik & Blender Anggota Badan

gempak
14/09/2024
18:55 MYT
Hajat salah seorang finalis Ratu Switzerland, Jenazah Kristina Joksimovic untuk melarikan diri daripada suaminya tidak kesampaian apabila dibunuh lelaki tersebut.