gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Mickey, Ariel & Team Spidey Bakal Gegarkan Resorts World Genting dalam Disney Jr. Live On Tour: Let’s Play!
GAYA HIDUP
Level Up Kopi Korang! Luckin Coffee & Honor of Kings Cipta Dunia Fantasi Realiti
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Permintaan Peminat Termakbul, OT7 Jadi Realiti
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

VIRAL

#GempakWeeklyEdition: Tulis Al-Quran, Bau Wangi - Semoga Roh 15 Pelajar UPSI Dipelihara Allah SWT

gempak
Maliah Surip
15/06/2025
14:24 MYT
Sponsor Banner
#GempakWeeklyEdition: Tulis Al-Quran, Bau Wangi - Semoga Roh 15 Pelajar UPSI Dipelihara Allah SWT
Jun 2025 barangkali menjadi bulan paling duka dan dikenang bukan hanya dalam kalangan keluarga, kenalan serta pihak institusi tetapi seluruh rakyat Malaysia amnya.
Masakan tidak, pada saat ramai sedang lena dibuai mimpi, pada saat ramai yang masih meraikan kegembiraan menyambut Aidiladha dan pada saat baru kenangan manis mahu disimpan kemas dalam hati, semuanya bertukar menjadi tragedi.
Perjalanan pulang sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi ke pusat ilmu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim, Perak rupanya telah ditakdirkan sebagai perjalanan terakhir sebahagian daripada mereka.
Berita 15 daripada 42 pelajar UPSI dilaporkan meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ngeri di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) berhampiran Tasik Banding di Gerik telah membuat negara berduka.
Di sebalik tragedi yang berlaku, kita melihat bagaimana rakyat Malaysia menzahirkan rasa prihatin dan sikap majmuk yang tidak berbelah bahagi meski ada yang berbeza agama. Pelbagai kisah menarik dan meninggalkan kesan juga dilkongsi kepada umum. Berikut antara rentetan anekdot selepas tragedi UPSI terjadi.

Penyokong Bola Sepak Tafakur

Sekitar lebih 60,000 penyokong dan peminat bola sepak tempatan yang menyaksikan perlawanan antara Malaysia dan Vietnam pada 10 Jun lalu bertafakur sebelum sepak mula sebagai penghormatan kepada 15 mangsa yang meninggal dunia dalam tragedi menyayat hati tersebut.
Sesi tafakur tersebut berlangsung selama satu minit di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sewaktu sesi Kelayakan Piala Asia 2027 yang menyaksikan Malaysia menewaskan Vietnam dengan 4-0.
Ia merupakan sebahagian inisiatif kecil yang dengan empati besar sebagai lambang menghormati sesama insan.

Semua Kaum Derma Darah

Perhatian bukan hanya diberikan kepada 15 mangsa yang dijemput Ilahi tetapi rakyat Malaysia turut prihatin kepada mangsa yang tercedera. Menerusi beberapa gambar tular di media sosial, ada yang mendakwa Hospital Ipoh, Perak dipenuhi pelbagai bangsa yang datang mahu menderma darah selepas hospital memaklumkan mangsa tragedi UPSI memerlukan darah.
The Rakyat Post melaporkan sekitar 200 rakyat yang prihatin hadir untuk menderma biarpun setitis darah dengan harapan dapat memberi pertolongan kepada mangsa. Rakyat Malaysia memang the best!

Peluk Al Quran Tulisan Sendiri

Salah satu kisah paling tular dan menarik perhatian adalah mengenai mangsa Nurly Shahirah Azman, 23, merupakan seorang hafiz 30 juzuk al-Quran. Allahyarham Nurly dilaporkan meninggal dunia dalam keadaan memeluk al-Quran.
Lebih menambah hebatnya kisah pemergiaan beliau, Allahyarham telah menulis atau memiliki salinan sendiri al-Quran yang dibuat untuk menguatkan hafalan. Nurly Shahirah adalah bekas pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu, Besut.
Kisah al-Quran tulisan tangan beliau turut menarik perhatian Yang di-Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail Sultan Mizan Zainal Abidin bersama kekandanya Tengku Puteri Utama Raja Tengku Datuk Seri Nadhirah Zahrah serta adinda, Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Datuk Seri Fatimatuz Zahra turut berkenan mencemar duli menziarahi keluarga Allahyarham.
Tengku Muhammad Ismail sempat meluangkan masa melihat naskah al-Quran berkenaan bersama rombongan yang hadir di Kampung Gong Pasir, Kerandang, Jertih.

Bau Wangi

Selain ada yang mendakwa lokasi tragedi berbau wangi, seorang pemandu pemandu van jenazah Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Roslee Hamzah, 57, berkongsi pengalamannya membawa jenazah Nurly Shahirah dari Ipoh, Perak ke Besut.
Roslee mendakwa telah menghidu bau wangi selepas urusan membawa jenazah allahyarham.
“Ketika ingin ambil barang tertinggal dalam van pada sebelah petang, saya terhidu bau wangi yang tidak pernah dihidu sebelum ini. Bukan bau minyak wangi biasa, ia datang secara halus dan muncul secara tiba-tiba apabila saya buka pintu van.
"Bau itu sangat wangi, menenangkan dan menjelang Maghrib, saya hidu bau yang sama apabila saya buka pintu van. Saya ulang-alik empat kali ke van semata-mata mahu hidu bau wangi itu. Sukar untuk saya gambarkan bagaimana bau harum itu, " katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
Topic Berkaitan
#Viral
#Kemalangan
#Bas
#UPSI
#Nahas
#Iktibar
#Gempak Weekly Edition
Must-Watch Video