gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Air Ketuban Pecah Awal, Elisya Sandha Kongsi Pengalaman Lahirkan Anak Kedua - “Panik Seperti Pertama Kali Bersalin…”
VIRAL
Netizen Seronok ‘Follow’ Aliff Syukri, Puji Konten Kini Lebih Matang - “Papa Janji Bila Dah Nak Masuk Umur 40…”
BERITA
Kemalangan Bas UPSI: “Pelajar Terlibat Nahas Syahid Akhirat” - Timbalan Mufti Perak
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
GEGAR VAGANZA 11

Gegar Vaganza 11: Takut Naik Pesawat, The Lima Sanggup Tak Balik Indonesia - “ Kami Pulang Bila…”

gempak
Asyraf Roslan
24/11/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
Gegar Vaganza 11: Takut Naik Pesawat, The Lima Sanggup Tak Balik Indonesia - “ Kami Pulang Bila…”
Kumpulan trio Indonesia, The Lima mendedahkan mereka tidak pulang ke Indonesia sejak menghadiri sidang media Gegar Vaganza musim ke-11 yang sudah berlangsung pada 6 November lepas.
Meskipun merindui kampung halaman, namun kerana takut untuk menaiki pesawat mereka membuat keputusan untuk terus tinggal di Malaysia.

ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Tema ‘Kembali Menyengat’ Jadi Taruhan Di Pentas Pembukaan, Semak Senarai Lagu Minggu Pertama

ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Ambil Cuti Tanpa Gaji & Tak Minum Ais Langsung, Fairuz Selamat Cabar Diri Mahu Bolos Ke Final – “Kita Dah Lama Tak Menyanyi, Bagilah Peluang”

ARTIKEL BERKAITAN: GV11: Astro Kekalkan Gandingan Nabil dan Jihan, Magis Keserasian yang Sukar Ditandingi

"Belum pulang ke Indonesia sejak hadir ke sidang media tempoh hari.
"Kami rindu nak pulang tapi sebenarnya kami takut naik pesawat jadi buat keputusan untuk tidak balik. Kalau dah jadi juara baru kami balik," kata mereka sambil berseloroh.
Menerusi siaran langsung di TikTok Live Gempak, Taura memberitahu bahawa Bony dan Arif takut menaiki pesawat jika ada gelora udara.
Sementara itu, kumpulan The Lima dianggotai oleh C Taufani Rahadian (Taura), Bony Adam (Bony) dan Arif Topan Sanjaya (Arif) juga sempat berkongsi startegi mereka dalam menarik peminat untuk menonton mereka di pentas GV.
Jelas kumpulan yang popular dengan lagu Separuh Masa itu mereka akan mencari lagu yang sangat dekat dihati peminat supaya mereka boleh menyanyi bersama ketika melihat persembahan The Lima.
"Kita dari segi pemilihan lagu, kita nak cari lagu yang orang boleh sing along. Mudah-mudahan dengan startegi itu orang akan lebih mengenali kami.
"Kami juga mempersiapkan diri dengan harmoni suara yang terbaik buat peminat di luar sana,” ujar The Lima.
Pada masa sama, The Lima juga melihat penyanyi wanita Indonesia, Inka Christie yang juga merupakan peserta GV musim ini sebagai pesaing terdekat mereka.
The Lima bakal bersaing bersama 13 peserta lain di pentas GV11 antaranya Ning Baizura, Ronie Hussien, Aurora Salwa, Liza Aziz, dan Dadali Dygra.
Penganjuran Gegar Vaganza pada tahun ini juga masih mengekalkan Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS selaku juri.
Acara yang berlangsung selama 12 minggu ini akan dikendalikan oleh pengacara hebat Nabil Ahmad dan Jihan Muse dan berlangsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam.
Rancangan ini juga akan dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104).
Rancangan nyanyian yang dinanti-nantikan ini turt boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.
Daftar sekarang untuk tawaran masa terhad Astro Baharu, JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan serta pemasangan percuma*. Nikmati hiburan terbaik, dalam satu tempat! Layari astro.com.my bagi info lanjut untuk melanggan.
Topic Berkaitan
#GV11
#Gegar Vaganza 11
#The Lima
Must-Watch Video