,
Hiburan

The Gadys Teruskan Belajar Vokal, Elak Baca Komen Negatif Media Sosial - "Kami Bukan Hanya Menyanyi, Kami Penghibur"

Muhammad Firdaus
04/03/2024
08:55 MYT
Dikritik kerana menyanyi sumbang, kumpulan The Gadys menyatakan mereka menerima kata-kata kecaman dengan hati terbuka.
Menurut The Gadys, mereka mengakui perkara yang berlaku adalah atas kelemahan diri sendiri dan masih lagi dalam proses memperbaiki diri dalam bidang nyanyian.
"Apa yang berlaku telah pun berlaku, apa yang terjadi telah pun terjadi, tak mengapa kami memang mengaku itu adalah kekurangan dan kelemahan kami sebagai The Gadys.
"Apa yang kami boleh katakan kami bukan hanyalah menyanyi semata-mata, kami penghibur dan juga performer, kami bukan hanya menumpukan nyanyian, tapi kami menumpukan ke arah lakonan, menari, pengacaraan, tapi kami tahu bila menyanyi, kami masih perlu belajar banyak lagi. Sebab kami hari tu pun ada masalah teknikal," kata mereka kepada Gempak.

BERITA TRENDING: “Meleleh Taik Telinga, Macam Ni Pun Boleh Lepas”- Persembahan The Gadys Tarik Perhatian…

Sementara itu, The Gadys mengakui terkesan dengan komen-komen negatif yang diterima namun mengambil inisiatif untuk menjauhkan diri daripada menggunakan media sosial untuk sementara waktu.
"Kami terkesan juga, tapi bila perkara itu melampau sangat, jadi kami ambil jalan untuk tidak membaca dan tidak menyakitkan hati sendiri. Kami jauhkan diri dari media sosial buat sementara.
"Kami akan teruskan pergi kelas vokal, mungkin masa singkat dan tak dapat nak komited sepenuhnya dalam bidang nyanyian, sebabkan ramai minta, kami akan komited sepenuhnya selepas ini," jelas mereka.
Sekadar info, The Gadys sebelum ini meraih perhatian ramai selepas nyanyian lagu berjudul Cintaku Sampai Ke Ethiopia dianggap sumbang dalam persembahan mereka pada Anugerah KNKV Viral 2024.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dituduh Buat Laporan Polis Terhadap ‘Abang Bas’, Diana Danielle Minta Netizen Kemukakan Bukti! - “Nak Maki Pun, Carilah Fakta Yang Betul…”

gempak
20/09/2024
00:55 MYT
Pelakon Diana Danielle menegaskan dia tidak pernah membuat laporan polis terhadap pemandu bas atau ‘Abang Bas’ seperti yang didakwa segelintir netizen di laman sosial.
Viral

Individu Geram Dengan Sikap Ibu Bapa Pentingkan Diri Sendiri, Pilih Tempat Percutian Tanpa Fikir Keselesaan Anak - “Tak Faham Kenapa Mereka Bebal Macam Tak Ada Otak…”

gempak
19/09/2024
21:55 MYT
Tular di aplikasi X, seorang individu meluahkan rasa berang terhadap sikap segelintir ibu bapa zaman sekarang yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan tentang anak-anak.
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Viral

“Pernah Kena Marah Dengan Mak Sebab Tertinggal Botol Kat Sekolah” - Netizen Mula Kongsi Kenangan Miliki Tupperware

gempak
19/09/2024
09:25 MYT
Nama bekas plastik dan produk dapur terkenal iaitu Tupperware hangat diperkatakan di media sosial selepas ada dakwaan mengatakan jenama itu bakal memfailkan permohonan muflis minggu ini.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.