,
Laman Utama

Gadis Tik Tok Banding Cara Nyanyian Dengan Saloma, Nabila Razali Sedar Dengan Kelemahan Diri - "Anda Tidak Pernah Tahu Kata-Kata Boleh Menghancurkan Impian Orang Lain"

Zulaikha Yusof
29/04/2021
02:06 MYT
Penyanyi dan pelakon Nabila Razali, 29, menyatakan dia tidak pasti dengan tujuan seorang gadis bernama Fiqah membuat video Tik Tok dengan membandingkan cara nyanyiannya dengan Biduanita Negara, Saloma.
Menurut Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali berkata dia menyedari dengan kelemahan dan kekurangan yang ada dalam dirinya.
"Pertama sekali saya tidak pasti apa tujuannya membuat video ini. Biasanya saya hanya mengabaikan kandungan seperti ini. Tetapi kali ini perlu mengetengahkan beberapa perkara.
"Saya menyedari kelemahan dan kekurangan saya. Dan ya, sesetengah orang memerlukan masa yang lebih lama untuk belajar sesuatu.
"Lagipun, kita dilahirkan secara berbeza. Keluarga berbeza, sekolah berbeza, kemampuan berbeza.
"Rangkul kekuatan dan kelemahan anda. Tetapi jangan merendahkan orang lain hanya kerana anda menganggap anda lebih baik daripada mereka.
"Sokong mereka. Berkembang bersama. Bagi kritikan yang membina, bukan menjatuhkan. Yang paling penting, percaya dengan proses dan percayalah. Insya-Allah," tulisnya menerusi Instagram Stories.
Dalam pada itu, pelantun lagu Pematah Hati memilih untuk memaafkan gadis tersebut namun dia berharap agar selepas ini semua orang menggunakan platform media sosial dengan cara berkhemah.
"Apa pun niatnya, takpa Bella maafkan ja dia di hari baik bulan baik ni. Bella hanya nak wujudkan kesedaran agar kita sama-sama menggunakan media sosial dengan berkhemah.
"Kerana anda tidak pernah tahu kata-kata anda boleh menyakiti dan menghancurkan impian orang lain," tulisnya lagi.
Sebelum ini, gadis yang menggunakan nama @fiqahamin di Tik Tok mendakwa Nabila mempunyai masa setahun untuk berlatih menyanyi lagu Peluang Kedua.
Dakwa gadis bertudung itu, pensyarah di universitinya memberitahu dia ketika di kelas teater.
"Korang tahu kan, yang saya pelajar teater dan kitorang tahu semua the tea pasal industri seni. Dan semalam tengah belajar pasal teater, pensyarah saya bagitau saya pasal...siapa nama perempuan tu?
"Siapa nama dia eh? Ala yang nyanyi lagu tajuk Peluang Kedua tu kan ha yang tu kan.
"Pensyarah saya cakap, dia ada masa sepanjang tahun untuk berlatih menyanyi satu lagu dan dia masih tak improve.
"Sementara Saloma, isteri P Ramlee, dapat satu lagu dan dia hanya memerlukan satu hari dan kemudian dia sudah boleh tampil di pentas.
"Jadi nampak kan dekat situ? Populariti melebihi kualiti kan. Nanti saya tunjuk video Saloma nyanyi satu lagu ni dan dia hanya perlu satu hari ja," katanya.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

“Sebelum Ini Dia Takut” - Keith Foo Siap Beri Standing Ovation, Bangga Riena Diana Ambil Cabaran Berlakon Teater Andak Bertandak

gempak
01/09/2024
08:50 MYT
Pelakon, Keith Foo menyatakan rasa bangga selepas melihat lakonan kekasihnya, aktres Riena Diana di pementasan teater Anda Bertandak baru-baru ini.
Hiburan

Aizat Saha Gementar Berlakon Teater! - "Saya Perlu Tenaga Yang Cukup, Daya Ingatan Kuat"

gempak
29/08/2024
04:39 MYT
Pempengaruh dan pelakon Aizat Saha gementar untuk beraksi di depan penonton bagi menjayakan pementasan teater Andak Bertandak yang bermula hari ini.
Gaya Hidup

#Travelmana: Tiga Kali Ke Taiwan, Nabila Razali Belum Puas! - "Penduduk Peramah, Saya Rasa Selamat"

gempak
28/08/2024
15:58 MYT
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menyifatkan pelantikannya sebagai Duta Salam Taiwan 2024 memahat satu lagi pencapaian bermakna dałam perjalanan kerjaya seninya yang kini mencecah lebih sedekad.
Hiburan

Teater Andak Bertandak Himpun 8 Pelakon Popular!

gempak
06/08/2024
20:34 MYT
Syarikat produksi, Mask Team melakar satu lagi sejarah baharu apabila bakal mementaskan teater berjudul Andak Bertandak yang menghimpunkan lapan pelakon popular tanah air pada 29 Ogos hingga 1 September ini.
Viral

Dari Tragedi Ke Kejayaan: Kisah 5 Individu Bangkit Berjuang

gempak
16/07/2024
08:53 MYT
Peluang kedua akan selalu hadir dalam kehidupan seseorang. Namun adakah seseorang yang pernah ‘jatuh’, berdepan tragedi dan melalui episod hitam dalam kehidupan mahu memanfaatkan peluang kedua yang datang untuk kembali bangkit.