,
Laman Utama

Gadis Sabah, Tracie Sinidol Dinobatkan Juara Dewi Remaja 2022!

Shahrin Zulkifle
03/09/2022
17:01 MYT
Dewi Remaja 2022 menobatkan gadis kelahiran Sabah, Tracie Sinidol diangkat sebagai juara.
Menerusi kemenangan itu, Tracie, 21, yang turut dinobatkan Dewi Favourite berjaya membawa pulang wang kemenangan berjumlah RM10,000 berserta trofi dan sebentuk tiara.
Sementara itu, tempat kedua telah dimenangi oleh Bee, manakala Kimberly menduduki tempat ketiga.
Tempat keempat milik Alyssa yang turut memenangi Dewi Activ Kihinomitsu Award.
Sementara itu, enam lagi dewi lain iaitu Janani, Hyeley, Zafira, Auni, dan Rasyiqah terpaksa akur apabila gagal pada pusingan yang pertama.
Biarpun tidak berjaya menempatkan diri dalam kalangan 10 terbaik di pentas akhir, namun Keeren telah dipilih sebagai pemenang Dewi Inspirasi.
Pada malam akhir, para peserta telah diuji dengan cabaran ‘Keyword’ pada pusingan pertama dimana mereka perlu menghuraikan ‘Keyword’ tersebut dalam tempoh 30 saat.
Manakala pada pusingan kedua seramai empat peserta yang layak telah diberikan tugasan ‘Q & A’ dimana mereka perlu menjawab secara spontan berdasarkan soalan yang diberikan oleh pihak Juri.
Malam akhir turut diserikan dengan persembahan penyanyi Noraniza Idris, Bunga dan Amsyar Lee.
Kerusi juri telah dibarisi oleh pebgacara tersohor negara, Datuk Aznil Hj Nawawi dan turut ditemani pelakon Didie Alias serta Izara Aishah.
Pentas kemuncak Dewi Remaja 2022 telah berlangsung di dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, semalam yang dihoskan oleh Fikry Ibrahim yang turut disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria jam 9 malam.
Kredit foto: Instagram Remaja
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Arena Lieya Pernah Alami Fasa Stagnant Dalam Karier - “Tidaklah Sampai Saya Nak Berhenti”

gempak
11/08/2024
15:55 MYT
Pelakon yang dahulu bermula menerusi Dewi Remaja 2018/2019, Arena Lieya sentiasa percaya terhadap rezeki dalam bidang hiburan.
Hiburan

Uyaina Arshad Kongsi Momen Pertama Kali Jumpa Neelofa & Izara Aisyah - “I Adore Both Women So Much In Many Ways”

gempak
22/07/2024
12:55 MYT
Pelakon dan pengacara Uyaina Arshad berkongsi momen pertama kali dia bertemu dengan selebriti dan usahawan Neelofa serta aktres Izara Aisyah.
Laman Utama

Slay! Finalis Dewi Remaja Shatirah Amanda Curi Perhatian, Bergaya Bak Lisa Blackpink!

gempak
16/02/2023
12:55 MYT
Ranggi & bergaya!
Laman Utama

“Berhenti Kata Saya Mira Filzah, Saya Juara Dewi Remaja 2022” – Tracie Sinidol Mahu Cipta Nama Dengan Bakat Sendiri

gempak
07/09/2022
07:00 MYT
Tracie Sinidol tak mahu disamakan Mira Filzah
Laman Utama

Tracie Sinidol Tak Kisah Kalau Rakan Seperjuangan Famous Dulu - “Kejayaan Mereka, Kejayaan Saya Juga”

gempak
05/09/2022
08:00 MYT
Juara Dewi Remaja 2022 mahu sama-sama menyerlah dengan rakan seperjuangan