,
Laman Utama

Fuhhh! Memang Mantap Siri Samsung Galaxy Ni! Patutlah Ramai Yang Tak Sabar

Fiza Kamarudin
11/09/2021
08:35 MYT
Baru-baru ni Samsung Galaxy Z Fold3 5G telah dilancarkan secara rasmi serentak dengan Samsung Galaxy Z Flip3 5G.
Wah…Kedua-dua peranti adalah telefon pintar boleh lipat premium yang dibina dengan hasil rekaan dan inovasi andalan yang digemari dan diharapkan oleh pengguna Samsung.
Okaylah, apa kata kita ketahui perkara menarik tentang Samsung Galaxy Z Fold3 5G, Galaxy Z Flip3 5G, Galaxy Watch4, Galaxy Watch4 Classic dan Galaxy Buds2. Berbaloi-baloi!
Samsung Galaxy Z Fold3 5G, Apa yang best?
Galaxy Z Fold3 5G menawarkan produktiviti dengan kemampuan multitasking yang maju, disokong oleh stylus S Pen. Senang sangat dengan multitasking ni sebab korang boleh buka tiga aplikasi sekaligus.
Lepas tu dengan Multi-Active Window 12 yang diperbaharui pada Z Fold3 5G, urusan yang berlainan boleh dibuat serentak. Contohnya, sambil berbual dengan kawan-kawan di aplikasi korang boleh check jadual, tengok YouTube sebab skrinnya yang besar.
Kalau korang suka selfie jangan risaulah…skrin depan atau skrin penutup, terdapat lensa selfie 10MP. Kamera Under Display pada telefon ini beresolusi 4MP.
Sementara di belakang, terdapat tiga kamera dengan ukuran yang sama, 12MP, masing-masing dalam bentuk sudut ultra lebar 123 darjah, sudut lebar 83 darjah dan lensa telefoto.
Galaxy Z Fold3 5G terdiri daripada pilihan warna Phantom Black, Phantom Green dan Phantom Silver. Untuk penyimpanan, terdapat 128GB + 256GB dan 128GB + 256GB pilihan!
Kenapa Samsung Galaxy Z Flip3 jadi pilihan?
Sebab Galaxy Z Flip3 5G ni gaya dan fungsinya seiring! Senang citer, stylo lah! Galaxy Z Flip3 5G menghadirkan ciri baru untuk kamera, salah satunya adalah mengambil gambar dan video dengan telefon tertutup. Fuhhhh!
Telefon ini dilengkapi dengan kamera depan, 10MP. Di bahagian belakang, terdapat kamera ganda dalam bentuk lensa sudut ultra lebar 123 darjah 12MP dan lensa sudut lebar 78 darjah 12MP.
Yesss…Kalau korang suka tonton Youtube Samsung Galaxy Z Flip3 5G sangat sesuai! Dengan Pembesar Suara Stereo Z Flip3 5G yang baharu dan dipertingkatkan dengan Dolby Atmos®, memang puas la korang tengok rancangan kegemaran korang!
Samsung menyediakan dua pilihan kapasiti storan untuk Galaxy Z Flip3 5G, iaitu 8GB + 128GB dan 8GB + 256GB.
Gais…yang penting Samsung Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G kedua-duanya mempunyai rekaan lebih padat, kemas dan dilengkapi dengan perisian rintang air IPX8, Gempak kan!
Lepas ni tak payah risau kalau air tertumpah atas telefon bimbit korang atau risau hari hujan lagi.
Korang mesti lagi suka dua peranti ni sebab tak perlu susah hati kalau terjatuh. Samsung Galaxy Z Fold3 5G dan Galaxy Z Flip3 5G dilengkapi dengan Armor Aluminium baharu —aluminium terkuat yang pernah digunakan pada telefon pintar Galaxy—berserta Corning® Gorilla® Glass Victus™ yang paling utuh untuk melindunginya daripada calar dan jika ia terjatuh tanpa sengaja.
Tak lengkaplah kalau korang ada Samsung Galaxy Z Fold3 5G atau Galaxy Z Flip3 5G tanpa sepasang fon telinga terbaru Galaxy Buds2!
Wallawei...kalau korang nak tahu Samsung Galaxy Buds2 ada banyak penambahbaikan dan ciri baru tau. Galaxy Buds2 kini mempunyai Active Noise Cancelling (ANC) yang biasanya ada pada earbud premium.
Disebabkan fungsi ANC Galaxy Buds2 ini akan memberikan kepuasan maksima kepada penggunanya ketika mendengar muzik, menonton movie kegemaran dan bermain permainan video sebab kualiti bunyi lebih baik dan smooth je...
Galaxy Buds2 tu didatangkan dengan pengecasan tanpa wayar, sokongan aplikasi dan sambungan pelbagai peranti! Woot-woot!
Wow! Samsung Galaxy Watch4 &, Galaxy Watch4 Classic
Inilah dua model terbaharu untuk siri jam pintar Samsung Watch4…Perkenalkan Samsung Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic!!! Menarikkan?
Lagi best sebab siri Samsung Galaxy Watch4 ini ada ciri sokongan gerakan tangan yang membolehkan pengguna menjawab panggilan telefon hanya dengan menggoyangkan pergelangan tangan. Tak payah susah-susah nak cari butang di skrin jam lagi!
Jam pintar Samsung terbaru ini juga memudahkan penggunanya memantau tahap kesihatan dan kecergasan diri tau.
Ia dilengkapi dengan ciri yang mampu mengimbas pelbagai status kesihatan badan seperti komposisi badan dan tahap oksigen dalam darah.
Malah ia boleh mengukur tahap oksigen dalam darah ketika korang sedang tidur. Rasanya ciri ini sangat menarik dan penting lebih-lebih lagi pada masa sekarang ni kan…
Untuk maklumat lanjut mengenai peranti baharu Samsung, sila layari laman web rasmi Samsung Malaysia korang boleh melihat maklumat lebih lanjut mengenai promosi pra-tempah juga di http://www.samsung.com/my/offer/mobile/galaxy-preorder-2021/
Pra-tempah Galaxy terbaharu anda sekarang dengan klik pautan di bawah: • Galaxy Z Flip3 5G: www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-z-flip3-5g/buy/ • Galaxy Watch4 Classic: https://www.samsung.com/my/watches/galaxy-watch/galaxy-watch4-classic-black-bluetooth-sm-r880nzkaxme/buy/ • Galaxy Watch4: https://www.samsung.com/my/watches/galaxy-watch/galaxy-watch4-black-bluetooth-sm-r870nzkaxme/buy/
Bagi Galaxy Z Fold3 5G pula, anda yang ingin menikmati tawaran pra-tempahan sebanyak RM850 e-baucar dan Samsung Care+ bernilai RM799, boleh mendaftar minat anda melalui pautan ini dari 8 September hingga 21 September 2021: www.samsung.com/my/galaxy-z-fold3-register/
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Keluang Man

Tahu Kisah Wira Harian Yang Penuh Inspirasi? Calonkan Pilihan Anda Sekarang & Berpeluang Menang RM10,000!

gempak
16/09/2024
00:13 MYT
Sempena Hari Malaysia yang akan berlangsung pada 16 September, Astro dan Wonda bergabung untuk meraikan Wira Wonda Kita! Wonda akan mengambil alih Astro Ria dan 13 stesen radio Astro menjadi Astro Wonda Ria dan Wonda FM sepanjang hari.
Advertorial

Sakit Hati Nak Stream X-Change Tapi Internet Slow? Tak Perlu Pening Kepala Langgan Pelan redONE Postpaid 5G SMART Untuk Telefon Pintar 5G PERCUMA Serta Data Pantas Tanpa Drama!

gempak
31/08/2024
05:55 MYT
Bayangkan tengah syok layan drama tapi internet asyik buffering, siapa je yang tak annoyed kan?
Advertorial

Sheriff Jalankan Misi Ops CLEAR Tewaskan Halangan, Bagaikan Syampu CLEAR Takkan Sentap Bila Seratus Peratus Mantap!

gempak
23/08/2024
07:20 MYT
Tidak dinafikan kehidupan sebagai selebriti pasti menjadi sorotan masyarakat sama ada dari segi kehidupan mahu pun penampilan.
Advertorial

Talentbank Umum Senarai Universiti Pilihan Majikan 2024, Sasar Untuk Tingkatkan Peluang Pekerjaan Selepas Tamat Pengajian

gempak
05/08/2024
06:55 MYT
Talentbank, dalam menerajui dan meningkatkan daya kebolehpasaran para graduan serta menghubungkan bidang akademia dengan sektor industri, telah mengumumkan senarai yang dinantikan ramai iaitu senarai Universiti Pilihan Majikan 2024.
Advertorial

Nak Tonton Ke Kodiang With Love Dengan Barisan-Barisan Pelakon? Beli Ribena Untuk Berpeluang Memenangi Tiket Secara Eksklusif Ke Tayangan Drama

gempak
16/05/2024
13:25 MYT
Buat peminat-peminat Ke Kodiang With Love, apa persamaan Hun Haqeem dengan Ribena? Nak tahu jawapannya? Mestilah dua-dua sama-sama manis! Jadi untuk tambahkan lagi kemanisan itu, Ribena telah menjalankan satu pertandingan di mana peminat-peminat berpeluang menyaksikan tayangan Ke Kodiang With Love finale bersama pelakon-pelakon drama tersebut.