,
Laman Utama

[FOTO] Semangatnya Awal Ashaari, Zoey Rahman Turun Padang Agih Bakul Makanan, Pek Iftar Di Kampung Baru

Amri Hassan
12/04/2023
09:33 MYT
Tak hirau bersesak dan berpeluh lencun, dua selebriti popular Awal Ashaari dan Zoey Rahman tampil menghulurkan sumbangan kudrat dengan mengagih bakul makanan dan pek iftar kepada penduduk di Kampung Baru pada Selasa.
Lebih 1,200 sumbangan berbentuk barangan makanan dan juadah berbuka disumbangkan kepada golongan miskin bandar dan penduduk sekitar Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Selain Awal dan Zoey, dua penyampai radio Izwan Azir dan Marsila Hassan turut bersama-sama mengagihkan bakul makanan dan pek iftar.

Keperluan asas untuk miskin bandar

Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Seri Adzliana Hasan, berkata sejumlah 220 bakul makanan merangkumi barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, bihun, susu, garam dan gula disumbangkan oleh syarikat itu serta Parlimen Titiwangsa kepada golongan miskin bandar.
Selain itu, katanya, sejumlah 1,000 juadah pek makanan untuk berbuka puasa disumbangkan kepada penduduk di sekitar Masjid Jamek Kampung Baru.
"Kita memilih Kampung Baru kerana fokus kita adalah membantu golongan miskin bandar dan asnaf sebagai sebahagian program sumbangan sempena Ramadan yang dilaksanakan setiap tahun.
"Selain program hari ini, kita juga akan memperluaskan sumbangan ini kepada golongan mahasiswa di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Sabtu ini.
"Semoga projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) ini dapat meringankan sedikit beban yang ditanggung golongan yang memerlukan, dengan hasrat kita untuk membantu dan berkongsi rezeki," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Jamek Kampung Baru.
Barangan makanan itu disumbangkan oleh Buletin FM dengan kerjasama Usanita Sdn Bhd dan Parlimen Titiwangsa menerusi program Ramadan Madani: Titipan Kasih dan diagihkan di Masjid Jamek Kampung Baru.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Usanita Jalin Kerjasama Kreatif Indonesia-Malaysia, Erma Fatima Optimis Kembalikan Kegemilangan 80-an, 90-an! - "Kedua-Dua Negara Punya Kekuatan"

gempak
02/07/2024
17:07 MYT
Usanita Sdn Bhd mengorak langkah baharu dalam perniagaan apabila bakal menceburi indutri kreatif.
Viral

Tak Jadi Roboh, Ini Perkembangan Terkini Rumah Biru Di Kampung Baru

gempak
27/06/2024
16:05 MYT
Kecoh di laman sosial apabila Rumah Biru ikonik yang pernah melatari pelbagai karya menerusi layar kaca dan lebar didakwa bakal dirobohkan.
Hiburan

“Caci, Maki, Hinaan Adakah Dihalalkan?” - Scha Al-Yahya Anggap Rezeki Sudah Ditetapkan

gempak
14/05/2024
02:55 MYT
Nama pelakon dan pengacara Scha Al-Yahya turut tersenarai dalam gerakan Blockout 2024 yang disenaraikan oleh netizen di laman sosial sejak beberapa hari ini.
Hiburan

Awal Ashaari Dilantik Wajah Usanita 2024, Bakal Hoskan Program Bual Bicara 15 Episod - "Kita Mahu Sajikan Content Yang Segar & Berinspirasi"

gempak
05/05/2024
09:55 MYT
Usanita bakal memperkenalkan program bual bicara yang akan dikendalikan bersama pengacara popular Awal Ashaari.
Hiburan

Zoey Rahman Terkejut Mass Factor Tangkap Cintan, Anggap Sebagai Bestie Saja - "Seminggu Kenal, Belum Jumpa, Ajak Couple"

gempak
19/03/2024
07:55 MYT
Baru seminggu kenal terus jatuh hati.