,
Laman Utama

[FOTO] Gaya Aidiladha Artis Di Rumah, Dari Potret Pertama Siti & Afwa Hingga Rambut Ranggi Anak-Anak Lan Solo

Amri Hassan
20/07/2021
14:40 MYT
Hari Raya Aidiladha diraikan dengan penuh kesyukuran biarpun terpaksa berjauhan dari kampung halaman dan sanak-saudara.
Bersederhana tapi masih meriah! Kehangatan suasana Aidiladha itu dikongsikan sesama isi rumah tak kira yang tinggal berkeluarga atau solo.
Begitu juga artis, pelbagai gaya ditampilkan pada sambutan hari raya Aidiladha kali ini, paling penting rata-ratanya mengenakan pakaian sedondon.
Apa kata kita tinjau semula kemeriahan suasana hari raya Aidiladha artis di rumah masing-masing.
1. Datuk Seri Siti Nurhaliza
Penyanyi nombor satu negara akhirnya mendedahkan wajah anak keduanya, Muhammad Afwa dan potret sulung mereka diabadikan dalam foto pagi raya kali ini.
Selain Siti dan Afwa, gambar raya keluarga itu dilengkapi dengan Datuk Seri Khalid Jiwa dan si comel Siti Aafiyah.
2. Lan Solo
Tampil mengenakan rona magenta dan merah jambu, keluarga Lan Solo nampak meriah pada pagi sambutan Aidiladha kali ini.
Netizen sebenarnya lebih memerhatikan rambut anak-anak Lan yang diwarnakan pada Mei lalu. Ranggi habis!
BACA: "Tak Kan Tu Pun Nak Kecam" - Isteri Lan Solo Bawa Anak Blode Rambut Sebelum PKP
3. Lisa Surihani & Yusry
Potret raya keluarga Datuk Yusry dan Datin Lisa Surihani kali ini diserikan dengan kehadiran Yunos Laith.
Mengenakan rona tanah, Lisa lengkap berjubah putih sambil mengendong anak bongsunya manakala Yusry memeluk dua anak mereka yang lain. Ah sweetnya!
4. Ayda Jebat & Nabil Mahir
Pasangan ideal Ayda Jebat dan Nabil Mahir turut mencuri perhatian netizen menerusi foto raya mereka.
Keletah mereka yang bergilir-gilir mencium 'baby bump' masing-masing memang mengundang tawa netizen. Tak pernah tak kelakar tau!
5. Ezzaty Abdullah & Azwan Kombos
Kalau Aidilfitri lalu, Ezzaty hanya meraikan berdua bersama puterinya, Harum Dalia, kali ini lengkaplah keluarga kecil mereka dengan baju raya sedondon berwarna merah jambu.
6. Nora Danish & Nedim Nazri
NeNo memilih persalinan off white & hitam sedondon untuk dipadankan pada raya kali ini.
Kalau nak tahu, Nora mengenakan beberapa helaian raya kali ini dan siap ber-ootd lagi dalam kediaman mereka. Vazz!
7. Sari Yanti & Jep
Bukan hanya NeNo, pasangan pelakon Sari Yanti dan Jep Sepahtu juga mengenakan persalinan off white pada raya kali ini.
Lucunya dalam foto berkenaan, Sari Yanti terpaksa menjengketkan kaki.
"Maklumlah mama kecik, terpaksa jinjit kaki nak kasi tinggi sikit dari anak," katanya.
8. Saharul Ridzwan
Rasa tenang bila tengok foto keluarga Saharul Ridzwan kali ini. Lengkap berserban putih lagi Saharul dan anak lelakinya, Muhammad Luth Ali.
Isterinya, Deena Emir pula kelihatan anggun bertudung labuh begitu juga anak kedua mereka, Fateema Azzahra.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Ebby Yus Tolak Tawaran Tiga Penderma Buah Pinggang - "Saya Tak Sampai Hati..."

gempak
23/11/2024
18:32 MYT
Pelakon, Ebby Yus, 59, kini menjalani dialisis di rumah untuk penyakit buah pinggangnya bersyukur mendapat perhatian ramai termasuk menerima sumbangan daripada rakan artis untuk membantu mengurangkan bebannya.
Berita

Isu Artis Mangsa Buli; Syafiq Yusof Gesa Produksi Main Peranan - "Perlu Wujudkan Suasana Friendly"

gempak
23/11/2024
12:55 MYT
Pengarah, Syafiq Yusof, merasakan bahawa pihak produksi perlu memainkan peranan penting di set penggambaran untuk memastikan suasana bekerja yang kondusif dan harmoni.
Hiburan

Pelakon Lelaki Mengaku ‘Tahi Judi’, Pernah Kalah RM8 Juta

gempak
23/11/2024
08:25 MYT
Bekas pemain bola keranjang yang bertukar karier menjadi selebriti, Denny Sumargo mendedahkan pernah menjadi ‘tahi judi’.
Hiburan

M. Nasir Terima Ijazah Terhormat Doktor Falsafah Persembahan Sempena Konvokesyen UPSI Ke-26

gempak
23/11/2024
04:50 MYT
Penyanyi yang juga komposer profilik, Datuk M. Nasir dan vokalis kumpulan Lefthanded, Datuk Nash bakal menerima ijazah masing-masing sempena Konvokesyen Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke-26 bermula Sabtu.
Bollywood

Shah Rukh Khan Teruja Kembali Ke Malaysia! - "Saya Bukanlah Orang Penting Untuk Dianggap ..."

gempak
22/11/2024
21:50 MYT
Kehadiran ikon Bollywood Datuk Shah Rukh Khan yang ketika ini berada di Malaysia, mengujakan seluruh tetamu pada majlis pembukaan Bin Zayed International (M) Bhd, di ibu negara hari ini.
Unitar