,
Laman Utama

“First Time Buka Baju… Saya Tayang Badan Bersebab” - Hun Haqeem

Izwan Isa
30/05/2023
07:50 MYT
Pelakon Hun Haqeem menjelaskan, gambar tanpa mengenakan baju yang dimuat naik di Instagramnya baru-baru ini merupakan gambar yang diambil ketika menjayakan babak bagi drama terbaharu lakonannya, W: Two Worlds.
Pertama kali menayangkan badan untuk watak dalam drama, Hun berkata, dia bukanlah terlalu selesa untuk berbuat demikian di hadapan kamera. Sebaliknya, pilihan itu datang semata-mata keperluan watak dan babak naskhah lakonannya.
“ Benar, first time saya buka baju… tapi kadang-kadang, nak buka baju tu perlu selalu ada sebab kenapa kita nak buat. Saya buat atas dasar kerja. Sebagai contoh, babak buka baju diperlukan kalau masuk dalam dewa bedah untuk pembedahan.
“Tambahan pula, watak Aliff Hadi dalam drama ini merupakan seorang sharp shooter. Jadi, untuk visualkan orang seperti itu, the body must shows lah. Secara visual mungkin dia tak sado, tapi bila orang tengok, orang tahu dia boleh fight dan defend diri dia,” katanya kepada Gempak.
BACA: Berjaya Turun 10 Kilogram, Hun Haqeem Nak Kurus Demi Drama W: Two Worlds - "Badan Saya Pun Tak Terkejut
Melihat tubuhnya yang semakin ‘mengecil’, Hun tidak menolak untuk mengekalkan rutin ke gimnasium dan bersenam bagi mengelakkan berat badan naik semula.
“Berat saya pernah mencecah sehingga 120 kilogram suatu ketika dahulu. Kemudian, saya turunkan berat badan. Ketika itu, saya hanya turunkan berat secara fizikal bukan dengan mental. Jadi, berat naik sikit.
“Kali ini, dari berat 120 kilogram, saya berjaya turun ke 68 kilogram. Mungkin untuk penurunan berat kali kedua ini saya akan bersedia secara mental untuk kekalkan rutin saya sekarang,” katanya lagi.
BACA: 10 Kali Hun Haqeem Jumpa Psikiatri, Syukur Kini Pulih Dari Masalah Kesihatan Mental - "Ada Masa Perlu Berinteraksi..."
Berbalik pada drama W: Two Worlds, iaitu drama adaptasi dari Korea, Hun berharap dapat memberikan yang terbaik dan mempersembahkan kelainan menerusi versi tempatan.
“Ramai peminat harapkan yang terbaik dan mereka turut bagi idea kepada saya untuk jayakan watak dalam drama ini. Apa yang kami harapkan adalah untuk jadikan drama ini sedekat yang mungkin dengan penonton. Nantikan!” katanya.
W: Two Worlds versi Malaysia dijangka bakal ditayangkan di platform Viu menerusi Astro Ultra dan Ulti Box pada tahun ini. Siri Viu Original pertama Hun turut boleh disaksikan menerusi Viu.
Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menyaksikan lebih banyak kandungan menarik menerusi #AstroBaharu.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Hun Haqeem Simpan Impian Untuk Anjur Pertandingan MMA Antara Selebriti - “Ini Adalah Langkah Pertama Saya Dalam Meneroka Bidang…”

gempak
16/09/2024
11:55 MYT
Pelakon Hun Haqeem berkata dia dan aktor Andy Teh menyimpan impian untuk menganjurkan pertandingan seni bela diri campuran (MMA) membabitkan selebriti tempatan.
Hiburan

“Setiap Orang Ada Pandangan Masing-Masing” - Hun Haqeem Gembira Kakak Dapat Tunai Impian Main Gitar Di Majlis Perkahwinan Sendiri

gempak
13/09/2024
14:55 MYT
Pelakon, Hun Haqeem meluahkan rasa gembira selepas kakaknya, Nureen Qistina berjaya menunaikan hasrat untuk bermain gitar di majlis perkahwinannya sendiri.
Hiburan

“Kalau Pandai Masak Itu Satu Bonus” - Hun Haqeem Dedah Ciri-Ciri Wanita Pilihan Hati

gempak
06/09/2024
04:55 MYT
Pelakon Hun Haqeem mendedahkan kriteria wanita pilihan yang bakal menjadi suri hatinya.
Hiburan

Hun Haqeem Syukur 'Chemistry' Dengan Heroin Selalu Menjadi - "Kalau Penonton Suka, Saya Happy"

gempak
05/09/2024
08:25 MYT
Pelakon kacak Hun Haqeem bersyukur apabila peminat dan penonton menilai kredibiliti lakonannya bersama rakan gandingan wanita menjadi di layar kaca.
Viral

"Saya Tiada Niat Nak Menggoda Sesiapa" - Adib Bananadibs

gempak
03/09/2024
09:55 MYT
Pempengaruh dan usahawan muda, Adib Bananadibs tidak terfikir foto bersinglet yang dikongsikan di platform media sosialnya punyai niat tersembunyi.