Gaya Hidup
#FinancialFaiz: Seronok Dapat Baucar Penginapan? Jangan Gembira Dulu, Semak Syarat Yang Diberikan
Bila masuk musim cuti sekolah pasti ramai ibu bapa yang mahu merancang percutian bersama anak-anak.
Dan pastinya, mereka akan merancang sebaik mungkin untuk memastikan semuanya berjalan lancar terutamanya tempat penginapan.
Selain memastikan penginapan yang selesa untuk seisi keluarga, ada diantara kita yang juga yang akan memastikan harga penginapan tersebut berpatutuan dan berbaloi untuk dibayar.
Disinilah akan ada beberapa pihak yang akan cuba mengambil kesempatan.
Menurut pendidik Kewangan, Faiz Azmi langkah yang diambil oleh pihak ini sukar untuk dikesan oleh pihak-pihak tertentu kerana apa yang dilakukan seolah-olah benar.
Namun secara tidak sedar, pihak yang tidak bertanggungjawab ini sudah meletakkan beberapa syarat bagi menebus harga penginapan yang kita mahukan.
“Pernah tak anda dapat satu panggilan dan diminta untuk pergi ke suatu tempat untuk mendengar taklimat.
“Anda akan ke hotel, dapat makan-makan dan selepas taklimat tidak perlu beli apa-apa tapi akan dapat voucher penginapan. Sewaktu mereka mahu ajak anda itu mereka tidak akan cakap voucher tersebut penuh dengan syarat.
“Katakan satu harga bilik di Port Dickson adalah RM250, tapi anda kena bayar admin fee sebanyak RM230 apabila anda nak buat booking dengan hotel tersebut. Jadi berapa nilai voucher tersebut hanya RM20 sahaja.
“Malah anda juga yang meletakkan syarat bahawa anda hanya boleh datang pada waktu hari berkerja dan perlu membayar duit deposit sebanyak RM500,” ujarnya.
Oleh itu, Faiz atau lebih dikenali sebagai Financial Faiz meminta agar pengguna berhati-hati apabila menerima panggilan dijemput ke sesi taklimat atau apabila diberikan voucher penginapan.
“Jadi anda kena berhati-hati apabila dipanggil oleh agensi untuk dengar taklimat-taklimat dan dijanjikan dengan voucher worthless.
“Pastikan anda tanya dahulu apa syarat-syarat yang mereka berikan,” katanya lagi.
Must-Watch Video