,
Laman Utama

Filem Shin Chan Duduki Tempat Pertama Astro First! Terima Pujian Penonton Antarabangsa.

Azwa Rahman
09/06/2022
09:12 MYT
Filem animasi kanak-kanak popular Jepun yang kini masih hangat ditayangkan di Astro First menerima pelbagai pujian dan respon positif dari pelbagai pihak di dalam dan luar negara.
Tahun lalu, filem ini telah ditayangkan di negara asalnya, Jepun dan berjaya meraih kutipan box office. Filem terbitan Produksi Shin-Ei Animation ini telah diarahkan oleh Wataru Takashi yang namanya tidak asing lagi dengan dengan siri animasi Shin-Chan yang sebelum ini.
Dalam pada itu, menerusi ruangan balas di satu applikasi (IMDB) memperlihatkan beberapa pengguna dari negara luar memuji sikap persabahatan yang ditonjolkan di dalam filem ini.
“Perfect movie of friendship, Learnt a lot from this movie… Do not miss this movie. Watch it without fail” ulas seoarang pengguna.
“Superb! Best Shin Chan movie of friendship. Mysterious movie with advanture” tambah seorang lagi pengguna.
Rata-rata penonton memberikan bintang 10 di ruangan skor kepada filem ini.
Terkini, filem Crayon Shin-Chan The Movie: School Mystery! The Splendid Tenkazu Academy menduduki carta pertama filem di Astro First!
Perkara itu telah dimaklumkan sendiri menerusi satu kemaskini yang dimuatnaik di platform Instagram rasmi @astrofirst.official .
Saksikan filem animasi, Crayon Shin-Chan The Movie: School Mystery! The Splendid Tenkazu Academy bermula 4 Jun dengan hanya RM15 terus ke Pawagam Rumah Anda, Astro First, saluran 480. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

Sewa DESPICABLE ME 4-MOVIE COLLECTION di Astro First dan Berpeluang Untuk Memenangi Hadiah Lego Minion!

gempak
18/09/2024
15:34 MYT
Menang Lego Minion dari DESPICABLE ME 4 sekarang!
Hiburan

Versi Eksklusif Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah Di Astro First!

gempak
12/09/2024
02:33 MYT
Platform yang membawakan filem-filem terbaik terus ke rumah anda, Astro First akan membawakan sebuah lagi filem aksi epik tahun ini iaitu Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah menerusi platform Astro saluran 480 atau On Demand dan Astro GO, serta peranti pilihan anda melalui sooka bermula 12 September ini.
Hiburan

Raikan Semangat Kontijen Negara Ke Sukan Paralimpik Paris 2024 Dengan Menonton Filem 'Gold' Di Astro First

gempak
29/08/2024
12:55 MYT
Sempena temasya sukan Paralimpik Paris 2024 yang mula berlangsung pada 28 Ogos, Astro First berbesar hati untuk membawakan filem ‘Gold’ arahan Adrien Teh ke saluran pawagam rumah anda, Astro First.
Peraduan

Sewa Filem Di Astro First On Demand Store & Menang Sepasang Tiket Wayang Filem terbaru BEETLEJUICE BEETLEJUICE!

gempak
28/08/2024
01:52 MYT
Menang Sepasang Tiket Menyaksikan Filem BEETLEJUICE BEETLEJUICE sekarang!
Filem

‘The Experts’ Gegarkan 18 Pawagam Di Cambodia & Ditayangkan Di Astro First Ogos Ini!

gempak
17/07/2024
06:25 MYT
Filem lokal heist nombor 1 Malaysia, ‘The Experts’ terus melangkah jauh dengan menembusi pasaran di negara Cambodia bermula hari ini!