,
Laman Utama

Filem Coast Guard Telan Kos RM13 Juta, Penerbit; "Kami Letupkan 'Perkampungan Lanun', Guna Helikopter, Kapal Besar, Bot..."

Amri Hassan
30/01/2023
05:47 MYT
Mengetengahkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang menjaga keselamatan perairan negara, filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang sentuhan Allahyarham Pitt Hanif sarat dengan aksi mendebarkan yang pastinya menyentuh emosi untuk menarik penonton ke pawagam.
Filem genre aksi unit beruniform terbitan Flying Deals Sdn Bhd dan Arie Zaharie Production dengan kerjasama Maritim Malaysia itu menampilkan gandingan hebat dua aktor dan aktres popular tanah air iaitu Saharul Ridzwan dan Julia Farhana Marin selaku teraju utama.
Ia dimantapkan dengan penampilan barisan pelakon seperti Adlin Aman Ramlee, Datuk Fizz Fairuz, Sabri Yunus, Kodi Rasheed, Gambit Saifullah, Aziz M Osman, Sherie Merlis, Wanna Ali, Jaja Iliyes, Aman Nassim, Yuznor, Azlan Komeng, Hushairi Husain, Akmal Ahmad, Eqy Affandi, Iman Zulkarnain dan Trisha Ooi.

Coast Guard RM13 Juta

Penerbitnya, Muhammad Hady Yusry Makmor berkata, perancangan menerbitkan filem yang membabitkan kos sebanyak RM13 juta itu bermula sekitar 2017.
“Saya bersama Penerbit Eksekutif, Flying Deals Sdn Bhd, Rozita Mat Isa dan Jason Chong selaku penulis skrip mengemukakan kertas idea kepada Maritim Malaysia untuk menerbitkan filem. Kemudiannya, skrip dihasilkan dengan bantuan dan nasihat Maritim Malaysia melalui beberapa siri perbincangan dan penambahbaikan.
“Selepas mendapat kelulusan dan mendapat dana untuk projek filem kenegaraan dari Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), kami mula mencari rakan penerbit untuk memulakan penggambaran.
“Akhirnya, kami bertemu dengan penerbit, Arie Zaharie dari Arie Zaharie Production yang berminat untuk bekerjasama menerbitkan filem ini,” katanya.
Muhammad Hady Yusry berkata, penggambaran filem Coast Guard bermula pada 3 Ogos dan berakhir pada 24 Oktober 2019.
“Filem ini mula diarahkan pengarah Hashim Rejab dengan dibantu Allahyarham Pitt ketika itu. Bagaimanapun, Hashim terpaksa menarik diri kerana ada komitmen lain dan arwah Pitt mengambil alih mengarahkan filem sepenuhnya sehingga penggambaran selesai.
“Penggambaran filem mengambil masa selama 55 hari, membabitkan lokasi penggambaran sebanyak 65 peratus di kawasan laut dan pulau di sekitar Pulau Langkawi, Kedah. Selebihnya di Kuantan dan Gua Kota Gelanggi, Jerantut, Pahang,” katanya.

Kapal besar, helikopter

Mengulas penggambaran filem, kata Muhammad Hady Yusry, lebih seratus barisan pelakon dan kru termasuk pegawai khas dari Maritim Malaysia terbabit dalam penggambaran filem ini.
“Naskhah ini membabitkan kos tinggi kerana penggunaan aset ketenteraan iaitu tiga kapal besar, empat helikopter, 10 bot laju dan kelengkapan senjata api dan ‘machine gun’.
“Bagi menghidupkan babak, kami membina perkampungan lanun yang terpaksa diletupkan pada penghujung cerita dengan membabitkan kos RM400,000.
“Barisan pelakon seperti Saharul Ridzwan dan Julia Farhana juga menjalani sesi latihan ketat di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) selama sebulan membabitkan aspek protokol, penggunaan senjata api, perlawanan dan sebagainya lagi,” katanya.

Sasar kutipan RM20 juta

Ditanya sasaran kutipan filem, kata Muhammad Hady Yusry, hasil tinjauan dan maklum balas daripada pelbagai pihak dan pawagam, filem ini berpotensi mendapat sambutan hebat seperti filem Paskal dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa.
“Saya juga mensasarkan filem ini akan mencecah kutipan sebanyak RM20 juta di pawagam nanti,” katanya.
Filem Coast Guard Malaysia: Ops Helang edaran Metrowealth International Group dan disokong FINAS, Primeworks Studios dan Media Prima Berhad. Tajaan membabitkan MyDebit, Peynet dan Starbucks.
Ia bakal ditayangkan di semua pawagam seluruh negara bermula 2 Februari ini, termasuk tayangan serentak di Singapura dan Brunei Darussalam.

Sinopsis Coast Guard Malaysia: Ops Helang

Kisah kehidupan Pegawai Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) APMM iaitu Leftenan Maritim Hafiz (Saharul Ridzwan) yang ingin memulakan kehidupan baru di sebuah pulau selepas mengalami Gangguan Stress Pasca Trauma (PTSD) akibat kehilangan rakan setugasnya dalam sebuah misi operasi.
Hafiz membawa tunangnya, Nurul (Jaja Iliyes) untuk tinggal bersama selepas mereka memutuskan untuk berkahwin. Namun, ketika majlis pertunangan Hafiz dan Nurul, sekumpulan penjenayah yang tidak dikenali menyerang dan menculik Hafiz, Nurul dan ibu bapa serta beberapa tetamu lain termasuk beberapa Anggota APMM untuk dijadikan tebusan.
Pegawai Penyiasat APMM daripada Bahagian Siasatan Jenayah Maritim, Leftenan Maritim Melati (Julia Farhana) ditugaskan untuk menyiasat kes berjaya menyelamatkan Hafiz, Nurul dan bapanya.
Krisis terus meruncing apabila kumpulan penjenayah berterusan mencabar Hafiz dan APMM, lalu satu operasi besar-besaran diaktifkan sehingga kumpulan penjenayah terbabit tumpas.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Sambutan Padu, Baik Punya Ah Long Raih 1 Juta Selepas Tiga Hari Tayangan!

gempak
15/09/2024
05:55 MYT
Filem muzikal komedi, Baik Punya Ah Long membuka tirai pawagam dengan permulaan yang baik dengan meraih kutipan RM1 juta selepas tiga hari tayangan rasmi.