gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Edaman Ohman Kongsi Bakal Ke Dunia Muzik Tapi Mahu Fokus Lakonan Dahulu - “Memang Rindu Nak…”
BERITA
Bilik Bersepah Dipercayai Punca Rakan Serumah Maut Ditikam
VIRAL
“Depa Pun Cakap Kasaq Tapi…” - Netizen Puji Cara Adik-Beradik Melvin Tutur Dalam Loghat Utara
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Fikry Ibrahim Kongsi Video Mengusik Ibu Buat Netizen Terhibur - “Hat Ni Kalau Kawin Bagitau Awai Naa”

Azwa Rahman
Azwa Rahman
25/08/2021
02:50 MYT
Sponsor Banner
Fikry Ibrahim Kongsi Video Mengusik Ibu Buat Netizen Terhibur - “Hat Ni Kalau Kawin Bagitau Awai Naa”
Aktor kacak Fikry Ibrahim mencuri perhatian wargamaya apabila berkongsi sebuah video mengusik ibu tercinta, Bibi Zaleha, 73 tahun.
Menerusi laman sosial Instagram, Fikry, 27, memuat naik video berdurasi hampir tiga minit bersama ibunya untuk tatapan umum.
“Aktiviti harian saya di rumah,” tulis Fikry di ruangan kapsyen.
View this post on Instagram
A post shared by Ahmad Fikry (@fikryibrahim)
Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama Hero Seorang Cinderella itu menceritakan aktiviti yang dilakukan bersama ibu antaranya menjahit, membersihkan kawasan kampung, memasak dan bersukan.
Namun ibunya memberikan respon ketawa setiap kali Fikry mengulas lanjut mengenai aktivit harian kerana dia seolah-olah berbohong dan sekadar berlawak.
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya terhibur melihat aksi dua beranak itu dan ada yang memohon agar Fikry tidak membuat pengumuman perkahwinan sehari sebelum majlis berlangsung seperti yang dilakukan aktor Remy Ishak.
“Hat ni kalau kawin pun bagitau awai naa. Jangan macam abang Remy nanti ramai kecewa,” tulis wargamaya tersebut.
Di ruangan balas komen tersebut, rata-rata wargamaya bersetuju jika Fikry tidak merahsiakan percintaannya agar peminat tidak patah hati.
“Cukup-cukuplah kecewa abang Remy kawin tiba-tiba,” komen seorang wargamaya.
“Dapat tolong bungkus telur pun jadilah. Janji habaq awai nak kawin tu. Sambil tolong bungkus telur, suruh DJ bukak lagu Pelamin Angan Ku Musnah. Allah menusuk syahdu,” kata seorang wargamaya.
“Setuju, habaq sebulan awai naa, boleh kami menangis awai-awai biar banjir pastu majlis dia tak jadi,” usik seorang wargamaya.
“Baru terdetik dalam hati time Remy kawin, “Remy takpa tapi kalau Fikry memang murung”. Okay gurau ja nanti laku cheq marah,” ujar seorang wargamaya.
“The next tall, dark and handsome. Pujaan Malaya,” komen seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah meraih hampir 300,000 tontonan daripada pengikutnya.
Pada Mac lalu, Fikry pulang ke kampung halamannya di Jitra, Kedah bagi menjaga ibunya yang diserang angin ahmar.
Topic Berkaitan
#Remy Ishak
#Hero Malaya
#Fikry Ibrahim
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement