Hiburan
FFM33: Menang Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik, Jack Tan Harap ‘Abang Adik’ Ada Sinar Di Ocsar
Pelakon filem Abang Adik iaitu Jack Tan dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media malam tadi.
Menurut Jack kehadirannya ke FFM pada tahun ini hanya sekadar mahu memberi sokongan kepada penggiat seni tanah air.
Bagaimanapun, pelakon berusia 33 tahun itu tetap meluahkan rasa syukur dan bangga apabila bakat dan usahanya selama hampir sedekad berkecimpung dalam industri seni hiburan ini membuahkan hasil.
"Saya tak jangka memenangi trofi malam ini. Saya tiba dari Taiwan petang tadi semata-mata mahu memberikan sokongan kepada FFM33 tanpa mengharapkan sebarang kemenangan.
"Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada juri, pihak produksi Abang Adik dan FFM atas kemenangan ini.
"la buatkan saya teringat pengalaman pertama kali hadiri FFM pada lapan tahun lalu menerusi filem pertama saya Shuttle Life," katanya kepada Gempak.
ARTIKEL BERKAITAN: FFM33: Filem 'Sheriff Narko Integriti' Rangkul Anugerah Khas Filem Box Office
ARTIKEL BERKAITAN: Bolot 7 Trofi, Imaginur Dinobatkan Filem Terbaik FFM33
ARTIKEL BERKAITAN: FFM33: Alami Keguguran Dua Kali, Orang Tersayang Hidap Kanser, Elizabeth Tan Syukur Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Ubati Duka
Abang Adik ke Oscar
Sementara itu, mengulas mengenai Abang Adik mewakili Malaysia ke Anugerah Oscar ke-97, Jack berharap filem tersebut mampu melakar sejarah tersendiri dalam acara berprestij berkenaan.
"Saya sangat gembira sebab Abang Adik masih lagi panjang perjalanannya.
"Mungkin ada rezeki untuk sampai ke Oscar, siapa tahu. Apa pun saya tetap bersyukur," kongsinya.
Jack berjaya mengalahkan empat lagi pesaing dalam kategori tersebut termasuklah Syafiq Kyle (Sheriff), Wan Azli (Pagari Bulan), Sharnaaz Ahmad (Polis Evo 3) dan Kahoe Hon (Victims).
Filem Abang Adik turut membawa pulang empat lagi trofi menerusi kategori Pengarah Harapan, Lakon Layar Terbaik, Rekaan Kostum/Busana Terbaik dan Tatarias/Solekan Terbaik.
Filem arahan Jin Ong memaparkan kisah tentang dua bersaudara yang tinggal di ibu kota dan berdepan masalah tiada permit sebagai warganegara.
Kisah kekeluargaan antara watak Abang (Kang Ren Ju) yang kelaianan upaya dan Adik (Jack Tan) cukup menyentuh perasaan apabila mereka saling melengkapi antara satu sama lain.
Must-Watch Video