Hiburan
FFM33: Alami Keguguran Dua Kali, Orang Tersayang Hidap Kanser, Elizabeth Tan Syukur Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik Ubati Duka
Pelakon dan penyanyi Elizabeth Tan meluahkan rasa terkejut kerana tidak menyangka dirinya bakal meraih Anugerah Pelakon Pembantu Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-33 (FFM33) yang berlangsung di Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media malam tadi.
Anugerah pengubat duka
Meskipun menerima pelbagai berita pahit untuk tahun ini termasuk keguguran sebanyak dua kali, Elizabeth Tan syukur pengiktirafan tersebut sedikit sebanyak telah mengubat luka yang dialami sebelum ini.
“Tahun ini adalah tahun yang sangat sukar buat saya lalui banyak perkara. Saya dua kali keguguran.
“Seseorang yang sangat dekat dengan saya ada kanser. Banyak sangat berita buruk untuk tahun ini.
“Malam ini saya dapat berita baik dapat menang anugerah ini jadi saya sangat tak sangka dapat menang, saya tak jangka untuk tercalon pun.
“Saya terkejut dan sangat bersyukur. Saya jangkakan orang lain yang menang kerana saya rasa lakonan saya masih banyak lagi perlu belajar dan diperbaiki. Nak bandingkan saya dengan calon lain yang lebih lama dalam industri siapalah saya,” katanya.
ARTIKEL BERKAITAN: FFM33: Filem 'Sheriff Narko Integriti' Rangkul Anugerah Khas Filem Box Office
ARTIKEL BERKAITAN: Bolot 7 Trofi, Imaginur Dinobatkan Filem Terbaik FFM33
ARTIKEL BERKAITAN: Watak Antagonis Dalam Sheriff Bawa Tuah, Elizabeth Tan Bersinar Di FFM33 - “Pencalonan Ini Sangat Bermakna Bagi Saya”Sementara itu, pelantun lagu Knock Knock itu juga menzahirkan rasa gembira apabila bakat lakonannya sebagai ASP Jennifer Wong menerusi filem Sheriff:Narko Integriti itu memberi impak pada orang ramai.
“Anugerah ini untuk saya adalah bukti saya seorang pelakon bukan penyanyi sahaja.
“Banyak lagi yang saya patut belajar, selepas ini kalau ada filem pun saya akan pergi lagi kelas lakonan," tambahnya.
Sekadar info, Lizzy dan suaminya Siew Jim mendirikan rumah tangga pada 21 Mac 2021 namun masih belum dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.
Lizzy juga pernah membuat pendedahan mengalami keguguran dalam satu sidang media bersama pengamal media pada April lalu.
Must-Watch Video