HIBURAN
Fasha Sandha Tak Kecil Hati Orang Tak Kenal - "Saya Tak Letakkan Diri Sebagai Selebriti"
Pelakon, Fasha Sandha tidak berkecil hati sekiranya ada individu yang tidak mengenali dirinya sebagai selebriti.
Sama seperti insan lain
Menurut Fasha, dia tidak pernah menganggap dirinya dikenali ramai sebaliknya mengakui dia hanya seperti insan biasa sahaja.“Saya tak meletakkan diri ini sebagai selebriti. Kalau bekerja mungkin saya anggap diri ini sebagai artis kerana ditemubual wartawan.“Mungkin ada golongan lain yang tak tengok atau tak suka drama mungkin mereka tonton program hal ehwal Islam, jadi kalau mereka tak kenal bukanlah satu perkara mengejutkan.
“Kalau tidak, saya hanya ibarat orang biasa boleh buat kerja mencuci, pergi pasar atau bawa kereta sendiri,” katanya.
Fasha berkata demikian ketika ditemui di sidang media pengumuman dirinya dan suami, Aidil Aziz sebagai pemilik bersama kedai Kopi Saigon cawangan ke-208 di pusat beli-belah, MyTown, Cheras pada Rabu.
Sentiasa rendah diri
Malah kata Fasha, dia sentiasa mengamalkan sikap merendah diri yang menjadi pengangannya sejak dahulu lagi.“Ada sahaja orang yang tak tengok televisyen (TV) dan memilih platform lain atau media sosial. Jadi, kalau orang tak kenal saya okay sahaja,” ujarnya.“Saya dari dulu memang bersifat sebegini. Saya kekalkan bila jadi diri sendiri dan merendah diri orang akan lebih dekat dengan diri.“Saya tiada masalah kalau orang tak kenal sebab zaman sudah berbeza.
Video tular bersama warga emas
Dalam pada itu, mengulas mengenai video tular memaparkan seorang wanita warga emas tidak mengenalinya, Fasha berkata, wanita terbabit mahu menjodohkan dia dengan cucunya.“Saya percaya mak cik itu tak perasan sebab tak bersolek. Mungkin kalau di TV saya selalu bersolek, jadi mungkin bila tengok saya sebegitu dia tak kenal.
“Kemudian, anak mak cik itu datang minta maaf kerana ibunya tak kenal saya. Saya tak kisah pun kalau orang tak kenal, saya okay sahaja. Tak adalah saya anggap semua orang di Malaysia ini kenal saya,” katanya ketawa.“Saya terkejut juga sebab ketika itu sedang buat ‘content’ untuk kedai sepupu saya, tapi mak cik itu pula mahu ‘kenenkan’ saya dengan anaknya.
ARTIKEL BERKAITAN:Naik Bas Ke Singapura Tengok Konsert Siti Nurhaliza, Fasha Sandha Dipuji Netizen - “Figura Humble Patut Jadi Contoh”
ARTIKEL BERKAITAN:Fasha Sandha Sarung Balik Baju Tunang 7 Tahun Lepas, Terima Anugerah Pingat Jasa Baik
ARTIKEL BERKAITAN:Fasha Sandha Sudah Maafkan Pramugari, Tapi Tak Akan Lupakan - “Semoga Dia Yang Tersalah Tutur Kata Itu…”
ARTIKEL BERKAITAN:ya Tak Cukup Sempurna, Banyak Kelemahan…” - Tampil Dengan Imej Berhijab, Fasha Sandha Mohon Doakan Yang Baik-Baik
ARTIKEL BERKAITAN:Fasha Sandha Manis Bertudung, Ramai Doakan Semoga Kekal - “Cantiknya Dia, Makin Glowing Suka Tengok”
Dalam perkembangan, Fasha dan Aidil akan menguruskan cawangan baharu Kopi Saigon di MyTown, Cheras di sini dalam pelbagai sudut termasuk operasi, pemasaran, latihan dan sokongan teknikal.
Must-Watch Video