,
Laman Utama

"Fasal Shuib? Maaf, Saya Tak Nak Jawab Apa-Apa... Saya Takut Nanti ..." - Wan Sharmila

Amri Hassan
28/02/2022
07:50 MYT
Pelakon Wan Sharmila enggan mengulas lanjut mengenai status hubungannya yang dikaitkan dengan pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu.
Jelas Wan Sharmila atau lebih mesra dengan panggilan Lala, 40, dia enggan kenyataannya nanti disalah tafsir dan mengguris hati pihak lain.
"Macam inilah. Kalau pasal ini, saya tak nak jawab apa-apa. Tak nak cakap apa-apa sebab takut tersalah cakap. Takut! Maksud saya, mungkin ada yang saya cakap itu, tujuannya lain.
"Tapi bimbang pula yang mendengar, yang membaca, yang mentafsir jadi lain dan akan menyinggung mana-mana pihak. Jadi, sebab itulah saya rasa lebih baik jangan cakap apa-apa. Takut salah," katanya kepada Gempak.
Lala ditemui pada majlis previu bufit ramadan Destinasi Rasa bersama cef selebriti, Chef Naem Ramli di Le Meridien, Putrajaya baru-baru ini.
Mengimbas semula, khabar angin mengenai hubungannya dengan keluarga Shuib mulai tercetus menerusi sepotong video yang dimuatnaik di akaun Instagram milik Siti Sarah Raisuddin.
Lala dipercayai meluangkan masa bersama anak perempuan Allahyarham Sarah, Dzahira Talita Zahra, 9.
Bagaimanapun, Lala mengakui menjadi pengguna setia dan pembeli tudung yang diusahakan oleh Allahyarham Sarah, Loveta.
"Saya pakai tudung arwah sebab tudung dia sangat selesa. Sebelum ini pun memang saya pakai, bukan sebab dapat daripada arwah. Tapi memang saya beli juga sebelum ini sebagai tanda sokongan.
"Itu saja yang boleh saya katakan ya. Tak mahulah cakap lebih-lebih pasal tadi (Shuib).
"Tak nak panjangkan cerita. Doakan yang baik-baik untuk saya, untuk sesiapa pun, dia dan keluarga," tambahnya.
Untuk rekod, Lala pernah mendirikan rumah tangga bersama penerbit drama tempatan, Fazli Bahrom pada 2007 namun berpisah dua tahun kemudian.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.
Viral

Terpalit Dalam Kes Eksploitasi Agama & Kanak-Kanak, Ini Latar Belakang Syarikat GISB!

gempak
18/09/2024
13:25 MYT
Sejak beberapa hari lalu, kecoh tentang syarikat Global Ikhwan Services & Business Holdings (GISB) yang didakwa melakukan eksploitasi terhadap agama dan kanak-kanak.