,
Laman Utama

Fakhiz (V.E) Kongsi Detik Cemas Saat Anak Muntah Seperti Najis, Disahkan Ada Jangkitan Kuman Dalam Darah - “Baik Atau Tidak, Kita Kena Terus Reda”

Asyikin Mayudin
07/11/2022
00:55 MYT
Ahli kumpulan V.E Fakhiz memberitahu anak perempuannya dikejarkan ke hospital selepas mengalami muntah seperti najis dan doktor mengesahkan terdapat jangkitan kuman dalam usus serta darah.
Menurut Fakhiz, dia melihat mata anaknya iaitu Jauza Hanania yang baharu saja berusia dua bulan seakan-akan reda dengan keadaannya semakin lemah.
“Beberapa hari sebelum ditahan wad, anak saya asyik berak, dan muntah. Mula-mula tak serius sebab ada masa okay. Tapi Isnin lalu, dia muntah, warna macam lebih kurang najis. Terus bawa ke hospital.
“Dia alami dehidrasi, dua hari masuk antibiotik. Doktor kata dalam usus dan darah dia ada jangkitan kuman. Petang semalam keadaan dia nampak lemah, mata dia macam mata dah reda,” katanya kepada Gempak.
Terdahulu, Fakhiz memaklumkan anak bongsunya terpaksa menerima rawatan di Hospital Shah Alam disebabkan keracunan makanan.
Malah Fakhiz turut berharap semua peminat dapat mendoakan keadaan anaknya yang masih dalam keadaan lemah dan terpaksa diberikan susu melalui hidung.
Sementara itu, Fakhiz turut berpesan kepada isterinya agar terus reda dengan apa yang sudah berlaku dan akan datang kerana beranggapan ia teguran daripada Allah.
“Saya ada berpesan kepada isteri, apa yang jadi baik atau tidak, kita kena terus reda. Perkara yang dah lepas dan apa yang akan datang, kena reda. Sekarang ini kena usaha.
“Mungkin kita pun ada silap dan lalai… jadi, Allah nak beri pesanan. Sebab kita sayang anak lebih daripada Allah,” ujarnya lagi.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gegar Vaganza 9

GV9: Fakhiz (V.E) Sebak Kongsi Keadaan Anak, Dah 7 Hari Dirawat Di Hospital Akibat Keracunan Makanan - “Terpaksa Diberikan Susu Melalui Hidung”

gempak
06/11/2022
15:18 MYT
Semoga anak Fakhiz cepat sembuh