,
Filem

The Experts Diserbu! Jadi Pilihan Warga Johor Untuk Ditonton Di Pawagam

Mya Amri
01/06/2024
12:24 MYT
Nampaknya filem terbaharu terbitan Astro Shaw iaitu The Experts ternyata menjadi pilihan warga Johor untuk ditonton di pawagam.

Penonton serbu team The Experts

Lebih manis lagi apabila para pelakon The Experts sendiri iaitu Datuk Aaron Aziz, Mimi Lana, Syafiq Kyle dan Ray Dap Dap juga turun padang bagi mempromosikan siri jelajah yang berlangsung di TGV Tebrau City.
Rata-rata penonton yang hadir memberikan komen positif terhadap The Experts yang diterbitkan oleh penerbit filem pecah panggung Astro Shaw bersama ZAK Capital dan TGV Pictures ini.

BERITA TRENDING: Filem Luar Tangguh Tayangan, The Experts & Sheriff Jadi Pilihan

Boleh dikatakan semua penonton yang menonton The Experts ini menyatakan rasa berpuas hati dengan gabungan dan keserasian antara pelakon.
Bukan itu sahaja, penonton juga memuji karya luar turut dianggap sudah mencapai ke tahap antarabangsa.
Ditambah pula dengan sinematografi yang cantik termasuklah skor muzik yang menghidup lagi adegan aksi dalam filem ini.
Dalam perkembangan lain, filem Sheriff dan The Experts masing-masing mengungguli carta box office sebagai filem tempatan pada bulan April dan Mei 2024.

BERITA TRENDING: Evolusi Kerjaya Seni Syafiq Kyle, Dari Pegang Watak Kecil & Kini Menjadi Hero Malaya

Dalam perkembangan lain, siri jelajah The Experts ini akan berlangsung seperti di bawah:
The Experts diarahkan oleh pengarah Andre Chiew dan Nizam Shah serta menonjolkan persembahan mantap pelakon-pelakon hebat tanah air, seperti Dato Aaron Aziz, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Remy Ishak, Ray Dapdap, Maya Karin, Tony Eusoff, Wan Hanafi Su, Jay Iswazir, Douglas Lim dan Michael Ang.
Korang dah tengok filem pilihan nombor satu di GSC, The Experts?
Kalau belum, filem tempatan pecah panggung ini masih mendominasi pawagam tanah air. Jom, tonton The Experts di pawagam berhampiran korang hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Peminat Cipta Rekod Menonton The Experts 9 Kali Di Pawagam Dalam Tempoh 4 Hari!

ARTIKEL BERKAITAN: TheExperts: Ray Dapdap Kongsi Cabaran Berlakon Sebagai Pakar Godam - “Saya Kena Buat Latihan Dalam Masa…”

Sinopsis:
The Experts menyaksikan sebuah keluarga iaitu lima adik beradik yang telah lama meninggalkan kegiatan merompak, kembali berkumpul kerana satu ugutan. Mereka mendapat arahan daripada gangster paling merbahaya untuk melakukan satu lagi rompakan terbesar berisiko tinggi.
Dalam pada itu, mereka masih dibayangi dendam lama daripada tragedi keluarga serta sejarah kejahatan lampau.
Bagaimana mereka harus berdepan musuh dan melindungi keluarga?
Adakah misi rompakan ini akan menjadi kali terakhir untuk lima adik beradik ini bersama?
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Filem

Paling Seram Dan Mendebarkan, Ini Filem-Filem Berkisarkan Dukun Yang Pernah Menghantui Penonton

gempak
18/09/2024
18:55 MYT
Tidak dinafikan filem genre seram seperti syirik menarik untuk ditonton kerana sering memaparkan babak-bakak di luar kotak.
Filem

Baik Punya Ah Long: Chew Kin Wah Syukur Ditawarkan ‘Job’ Sewaktu Pandemik - “Shoot Filem Ini Bukan Mudah..”

gempak
18/09/2024
12:25 MYT
Umum mengetahui, sewaktu pandemik, para pemain industri seni hiburan tempatan tidak kira sama ada pelakon, penyanyi, pengarah sehinggalah kru belakang tabir ‘diharamkan’ bekerja mencari rezeki.
Hiburan

Yayan Ruhian Tak Kejar Bayaran Tinggi, Akui Selesa Bekerja Di Malaysia Sebab Beto Kusyairy - "Persahabatan Lebih Besar Daripada Nilai Wang"

gempak
18/09/2024
09:55 MYT
Pelakon dan jaguh persilatan kelahiran Indonesia, Yayan Ruhian menjelaskan bahawa dirinya sanggup bekerja di Malaysia sekiranya disuruh bergandingan bersama Beto Kusyairy.
Hollywood

Drama Epik Sejarah Jepun Shogun Julang 18 Trofi Anugerah Emmy Ke-76!

gempak
16/09/2024
09:26 MYT
Drama epik sejarah Jepun, Shogun melakar rekod baharu apabila menang 18 trofi di acara berprestij Anugerah Emmy ke-76 yang berlangsung di Peacock Theater, Los Angeles, Amerika Syarikat.
Filem

Ribuan Peminat Hadiri Jelajah Baik Punya Ah Long, 5 Pawagam di Terengganu & Johor Riuh Dengan Sokongan Penonton!

gempak
15/09/2024
12:55 MYT
Kehangatan sambutan yang diberikan oleh penonton menerusi filem Baik Punya Ah Long (BPAL) semakin membara!