,
Laman Utama

Ew! Tak Sempat Ke Tandas, Rocker Wanita Kencing Atas Peminat Lelaki Ketika Konsert

Amri Hassan
16/11/2021
14:50 MYT
Tindakan seorang penyanyi rock wanita, Sophia Urista yang melakukan aksi tidak senonoh dengan kencing ketika di atas pentas konsert mengundang kecaman netizen.
Sophia, 36, yang juga vokalis kumpulan rock Brass Agaist mengakui tidak sempat untuk ke tandas terpaksa melakukan aksi terbabit ketika persembahan mereka di festival Welcome to Rockville, Daytona, Amerika Syarikat minggu lalu.
"Aku mahu kencing tapi aku takkan sempat kalau ke tandas," katanya seperti dilaporkan The Indipendent.
Aksi jijiknya itu turut dirakamkan dan video terbabit viral di media sosial sejak semalam.
Bertindak secara spontan, Sophia mengajak seorang penonton lelaki ke pentas sambil menyanyikan lagu Wake Up (Rage Against the Machine) sebelum membuka seluarnya dan kencing atas lelaki terbabit yang sedang berbaring.
Aksi itu disifatkan netizen sebagai sampah dan memburukkan imej pencinta muzik.
Kumpulan Brass Against menerusi ciapan di Twitter kemudiannya tampil memohon maaf ekoran insiden berkenaan.
"Kami sangat seronok malam itu dan Sophia terbawa-bawa. Kami pun tak sangka ia berlaku dan ia bukan aksi yang anda akan lihat lagi dalam persembahan akan datang," ciap pengendali akaun berkenaan. Mereka memberitahu Sophia turut membersihkan semula kotoran terbabit sejurus selepas mereka meninggalkan pentas.
Pihak polis Daytona Beach menerima laporan aksi tidak senonoh itu dan berkemungkinan tindakan tegas akan diambil terhadap Sophia.
Kata jurucakap polis Daytona Beach, Messod Bendayan, pihak mereka menerima aduan berhubung tindakan itu menerusi akaun Facebook.
Insiden terbabit berdepan hukuman penjara selama setahun atau denda sebanyak AS$1,000 (RM4,161) kerana menunjukkan kemaluan di khalayak ramai dan beraksi tidak senonoh.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak! Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3

gempak
20/09/2024
05:22 MYT
Siapa nak pergi ke GMW Giveaway: Konsert Kilauan Emas 2024 Minggu 3 Secara Percuma? Memang best!
Viral

Gamers Listy Chan Peluk Islam: “Bismillah Login”

gempak
19/09/2024
14:16 MYT
Seorang gamers terkenal Indonesia, Listy Chan mengambil berkat di hari kelahiran Nabi Muhammad SAW apabila mengumumkan memeluk agama Islam.
Hiburan

"Elak Andaian Cetus Spekulasi Cerai Fazura, Fattah" - Pengurus

gempak
19/09/2024
02:30 MYT
Sejak Fazura memfailkan perceraian terhadap suami, Fattah Amin pada Jumaat lalu, ramai peminat yang mengikuti kisah rumah tangga pasangan selebriti tersebut.
Gaya Hidup

#FoodiesLife: Tak Perlu Keluar KL, Nasi Kandaq Festival 2.0 Kembali Hujung Minggu Ini! Mai Serbu Lekaih

gempak
18/09/2024
15:00 MYT
Nasi Kandaq Festival kembali untuk edisi kedua tahun ini dengan menghimpunkan pelbagai legenda utama nasi kandar di seluruh Malaysia.
Hiburan

Bunga Citra Lestari Minta Netizen Jangan Bandingkan Cara Nyanyian Mahalini, Acha Septriasa - “Semua Ada Karakter & Ciri Masing-Masing”

gempak
18/09/2024
13:55 MYT
Penyanyi Indonesia Bunga Citra Lestari tampil memberi pesanan buat rakan senegaranya iaitu Mahalini Raharja yang dikritik gara-gara merakamkan semula lagu hits Sampai Menutup Mata baru-baru ini.