HIBURAN
“Aku Pernah Dinasihatkan Untuk Pergi Jumpa Pakar Sakit Jiwa Kerana…” - Namron
Pelakon Namron mendedahkan dia pernah dinasihatkan oleh pelakon senior iaitu Ahmad Yatim untuk mendapatkan rawatan daripada pakar sakit jiwa.
Menerusi podcast Ruang Temu di TikTok Siar, Namron berkata ia berpunca ketika dia menghadiri kelas lakonan dengan Ahmad Yatim atau lebih dikenali sebagai Che Mad.
“Aku pernah dinasihatkan untuk pergi jumpa pakar sakit jiwa kerana aku dikatakan ada masalah mental. Ini kejadian waktu sebelum aku buat keputusan untuk berhenti berlakon.
“Tahun pertama dekat ASK. Flashback balik la. Sebab ada kaitan kenapa aku buat Psiko Pencuri Hati. Waktu itu aku dalam kelas Ahmad Yatim.
“Buat latihan mengeluarkan emosi, semua pelajar kena pilih ruang masing-masing. Kita carilah mana ada, aku ambil satu ruang menghadap dinding.
“Duduk kat situ, tengo dinding saja, untuk ambil ruang kau sendiri. Waktu itu aku tak ada apa-apa emosi, Aku ada sebatang pen, aku pegang pen dan cucuk dekat lantai.
“Makin lama aku cucuk, satu perasaan datang… perasaan yang datang waktu itu adalah marah. Aku bina perasaan marah itu sebab tugasan kita adalah cari satu emosi,” kongsinya.
Gara-gara diminta untuk berhenti dan pulang secara tiba-tiba, Namron memberitahu dia ketika itu tidak dapat mengawal emosi marahnya.
“Aku bina perasaan marah itu datang kuat. Tiba-tiba ‘okay kita stop kelas hari ini. Semua boleh balik’. Eh aku macam apahal, aku tak tahu apa.
“Emosi aku masa itu tengah 80-90, tiba dia batal kelas. Dia cakap kami semua buat main-main. Tak buat betul-betul, tak bersungguh.
“Aku rasa dah buat betul, dia cakap aku main-main. Marah itu dah menguasai diri aku. Mata aku dah meliar dah, waktu itu semua oang keluar, aku duduk bilik itu tunggu dia,” katanya.
Kemarahan dia memuncak sehingga mengambil keputusan untuk menghalang Ahmad Yatim keluar dari studio dan bertindak menumbuk pintu dalam keadaan marah.
Bagaimanapun Namron berhenti menumbuk pintu selepas Ahmad Yatim menasihatkannya untuk mendapatkan rawatan gara-gara disangkakan mempunyai masalah mental.
“Dia nak keluar, aku block dia dengan tangan. Aku genggam tangan aku, aku tumbuk tebing pintu. Tumbuk depan dia dan marah.
“Tapi dia kata dia bukan cakap dekat saya tapi dekat ada orang yang main-main. Tangan kau dah berdarah sebab tumbuk, tapi aku berhenti tumbuk bila dia kata aku perlu dapatkan rawatan.
“Dia cakap aku ada masalah mental. Dia rasa aku, dia syor kan aku jumpa psikiatri utnuk dapatkan rawatan,” katanya.
@siardotmy Saksikan video penuh Ruang Temu eksklusif bersama Pelakon dan Pengarah, NAM RON di saluran SIAR Unifi TV dan Youtube SIAR TV! 📺🎬 #ruangtemu #siar #namron #artismalaysia #pelakon #podcast ♬ original sound - SIAR
Must-Watch Video